KUALA LUMPUR: Pemergian jurulatih berpengalaman Ismail Zakaria yang meninggal dunia pada Sabtu akibat serangan jantung satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara terutama dari segi kepakaran mengendalikan kursus kejurulatihan serta kejohanan di peringkat belia.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata Allahyarham Ismail adalah seorang jurulatih dikenali kerana kemahiran tinggi yang dimiliki dalam aspek teknikal berbanding sentuhan dan magisnya ketika membimbing pasukan.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata kelayakan yang ada pada Allahyarham bukan sahaja telah banyak membantu penganjuran kursus kejurulatihan lesen B dan C di negara ini, malah khidmatnya ditagih dalam banyak kejohanan peringkat remaja.
"Kita selalu berjumpa di FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), apabila kita berbincang fasal bola sepak kita tahu pengetahuan yang ada pada dia amat mendalam terutama dari segi budaya bola sepak. Jadi dia bukan saja mempunyai kelulusan tapi tahu selok-belok budaya bola sepak.
"Dia (Allahyarham) seorang tidak banyak bercakap tetapi apabila kita membentangkan sesuatu sering ada perdebatan kerana ini penting dan menunjukkan pendiriannya sebagai jurulatih ," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Sementara itu, jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim yang kini membimbing pasukan Liga Premier Kuching City FC semasa dihubungi Bernama terkejut dengan berita pemergian Ismail yang disifatkan sebagai 'bukan calang-calang jurulatih' kerana pengetahuan luasnya.
"Saya rasa sedih kerana selama ini dia (Allahyarham) jaga dan uruskan isteri dia yang sakit (dialisis) tetapi dia yang pergi dulu. Dia boleh dikatakan seorang sahabat yang tidak lokek berkongsi ilmu dan menjawab segala pertanyaan, ini satu kehilangan yang amat besar," kata pengendali berusia 71 tahun itu.
Irfan Bakti turut menyifatkan Allahyarham seorang jurulatih yang hebat dan ia dibuktikan dengan pencapaian bersejarah membimbing pasukan Sime Darby FC ke pentas final Piala FA 2012, namun tewas 0-1 kepada Kelantan pada pertembungan di Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Allahyarham yang juga bekas Ketua Jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 60 tahun di sebuah hospital swasta di Cheras tengah hari tadi akibat serangan jantung, demikian menurut hantaran Facebook rasmi FAM.
BACA: Ismail Zakaria meninggal dunia akibat serangan jantung
Allahyarham pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur, Kuantan FA dan UiTM FC.
Selain membawa Sime Darby muncul naib juara Piala FA 2012, Ismail turut membawa pasukan sama menjuarai Liga FAM 2010 dan naib juara Liga Premier 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022

Allahyarham Ismail dikenali kerana kemahiran tinggi yang dimiliki dalam aspek teknikal berbanding sentuhan dan magisnya ketika membimbing pasukan. - Astro AWANI

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.

Naik taraf rumput Zeon Zoysia: MBI sudah hantar surat kepada KBS
MBI telah menghantar surat kepada KBS bertujuan memohon peruntukan bagi menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Harimau Malaya: RM1 daripada jualan setiap tiket disalur untuk konservasi
Harimau Malaya yang menjadi lambang dan nama panggilan buat pasukan bola sepak Kebangsaan perlu dipelihara supaya ia tidak hanya tinggal mascot, slogan, lauangan tanpa adanya haiwan itu di hutan

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

TMJ pertikaikan kelab bola sepak enggan guna 'Zeon Zoysia'
TMJ tidak faham pendirian kebanyakan kelab berhubung penggunaan rumput tersebut yang dilihat lebih mendatangkan kesan positif.

Hamidin, Collina bincang penggunaan VAR dalam bola sepak tempatan
Penggunaan VAR adalah antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam pertemuannya dengan Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda semalam.

Gianni Infantino dipilih semula sebagai Presiden FIFA
Beliau memegang jawatan berkenaan untuk penggal ketiga tanpa dicabar sebagaimana empat tahun lalu.

Pegawai polis meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak
Mendiang Gregory, 52, tiba-tiba rebah di padang bola sepak pusat sukan itu ketika perlawanan bola sepak persahabatan antara cawangan PDRM yang diadakan sempena sambutan Hari Polis tersebut.

Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual hari ini
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

FIFA umum kalendar baharu pertandingan antarabangsa
Majlis FIFA pada Selasa meluluskan kalendar perlawanan antarabangsa baharu termasuk tarikh perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.