KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe, mahu pasukan bimbingannya tidak mensia-siakan peluang untuk menamatkan rekod buruk menentang Vietnam, apabila kedua-dua pasukan bertembung tengah malam, Jumaat ini.
Aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, akan menjadi pertemuan kelima kedua-dua pasukan sejak Cheng Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih, dengan Vietnam memenangi tiga daripada empat aksi terakhir, dan sekali seri.
Rekod pertemuan itu disifatkan Cheng Hoe sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada barisan pemainnya, supaya tampil lebih bersedia berdepan cabaran skuad Naga Emas kendalian jurulatih Park Hang-seo kali ini.
Pengendali berusia 53 tahun itu turut menggesa, setiap pemain khususnya jentera serangan pasukannya untuk tampil lebih berkesan di depan gawang, dengan tidak melepaskan peluang untuk meledak jaringan.
"Memang kita tahu dalam empat perlawanan terakhir pasukan tidak dapat kemenangan, tetapi saya rasa pemain pun sudah tahu cara atau corak permainan Vietnam. Kita mesti mengambil setiap peluang yang berada di depan mata," katanya.
"Setiap kali bertemu Vietnam kita juga dapat banyak peluang jaringkan gol, sebab itu kita perlu fokus terus mencari peluang-peluang terbaik dan menjaringkan gol, apabila berada di hadapan gol," katanya pada sidang media secara dalam talian sesi latihan skuad kebangsaan di Dubai, hari ini.
Kejayaan menewaskan Vietnam akan menghidupkan peluang skuad kebangsaan dalam misi menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan dua teratas, bagi meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Sementara itu, Cheng Hoe mengakui corak permainan Vietnam tidak banyak berubah, selepas menyaksikan skuad bimbingan Hang-seo itu membelasah Indonesia 4-0 pada aksi kumpulan di Stadium Al Maktoum, awal pagi tadi.
Jelasnya, corak permainan digunakan Vietnam ketika bertahan mahupun menyerang pada perlawanan itu adalah taktikal biasa digunakan Hang-seo, sekali gus mengakui pasukannya tidak boleh memberikan ruang yang banyak kepada pihak lawan.
"Kita tahu kekuatan Vietnam adalah dari segi kelajuan, berpasukan serta semangat juang tinggi, dan ia menyebabkan kita perlu berjaga-jaga dengan serangan balas mereka yang pantas. Kita juga kena bekerja keras ketika menyerang supaya tidak membuka ruang yang banyak," jelasnya.
Cheng Hoe berkata, ketiadaan tonggak jentera serangan Vietnam Nguyen Quang Hai pada pertembungan itu akibat digantung perlawanan, boleh dianggap sebagai khabar gembira buat pasukan negara, namun percaya Hang-seo pasti memiliki beberapa alternatif lain.
Bagaimanapun, beliau berkata sandaran untuk meraih kemenangan ke atas Vietnam perlu diletakkan sepenuhnya kepada barisan anak buahnya, sambil berharap setiap pemain yang bakal mengisi kesebelasan utama pasukan dapat membalas kepercayaan diberikan, bagi meraih keputusan positif.
"Memang setiap jurulatih ingin mencapai sesuatu apabila bertemu pasukan Vietnam yang dikatakan mempunyai pertahanan terbaik dalam kumpulan, akhirnya yang penting kalau kita ada keyakinan dan kepercayaan kepada setiap individu diturunkan, kita boleh dapat keputusan positif," katanya.
Selepas enam perlawanan, Vietnam mendahului saingan Kumpulan G dengan mengumpul 14 mata, diikuti UAE kedua (12 mata), Thailand (sembilan mata), Malaysia (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan mengutip satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Rekod pertemuan itu disifatkan Cheng Hoe sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada barisan pemainnya, supaya tampil lebih bersedia berdepan skuad Naga Emas. - FAM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.