awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Choong Hann mula tugas di BAM

Bernama
Bernama
15/11/2018
02:37 MYT
Choong Hann mula tugas di BAM
Choon Hann yang juga bekas pemenang pingat perak Kejohanan Dunia, hadir melapor diri di Akademi Badminton Malaysia di sini pukul 9.00 pagi ini. - Gambar fail/REUTERS/Charles Platiau
Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Wong Choong Hann memulakan tugasnya sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Bekas pemenang pingat perak Kejohanan Dunia itu, hadir melapor diri di Akademi Badminton Malaysia di sini pukul 9.00 pagi ini.
Beliau terlebih dahulu bertemu ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek dan perseorangan wanita, Tey Seu Bock di trek Arena Universiti Malaya seawal enam pagi ini.
Selain Misbun dan Tey, beliau turut akan memantau ketua jurulatih beregu lelaki Paulus Firman, Rosman Razak (beregu wanita) dan Pang Cheh Chang (beregu campuran), serta para jurulatih di bawah mereka.
Bekas pemain, yang kini berusia 41 tahun itu, dilantik untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh bekas Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost yang meletak jawatan itu pada September tahun lepas.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika mengumumkan pelantikan Choong Hann selepas mempengerusikan mesyuarat agung luar biasa (EGM) BAM pada 20 Okt berkata, antara tugas utama beliau adalah untuk menyediakan pasukan Kebangsaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Antara kejayaan Choong Hann semasa bergelar pemain adalah pingat perak Kejohanan Dunia 2003 di Birmingham, England; dua kali membantu skuad negara layak ke akhir Piala Thomas (1998 dan 2002) serta pernah menjadi pemain nombor satu dunia pada Ogos 2002 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#BWF
#Kuala Lumpur
#Misbun Sidek
#morten frost
#Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan