awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emas Bonnie untuk semua OKU di Malaysia - Ayah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
28/08/2021
07:55 MYT
Emas Bonnie untuk semua OKU di Malaysia - Ayah
Gustin Jenang (tengah) bersama dua anaknya Bonnie Bunyau dan Brian Junency Gustin ketika mewakili negara dalam Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur pada 2017. - Foto KBS
KUCHING: Gustin Jenang tidak dapat berada di sisi Bonnie Bunyau, ketika anak kesayangannya itu merangkul emas sulung Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Namun dia tetap merasakan semangat membara Bonnie yang mengerah seluruh tenaga bagi melunaskan janjinya menghadiahkan emas acara powerlifting kategori 72 kilogram kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan.
Sebagai seorang ayah dan juga bekas atlet para negara, Gustin mahu kejayaan anaknya itu menjadi harapan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara untuk terus berjuang menempa kejayaan dalam apa jua bidang.
“Golongan OKU perlu berbangga, atlet para Malaysia telah berjaya mendapatkan pingat emas untuk negara. Kalau di Sarawak ini akan jadi yang pertama.
"Jadi siapa-siapa yang memiliki anak golongan OKU, jangan malu untuk sokong dan dedahkan mereka kepada segala bidang yang sesuai untuk mereka, seperti ke arena sukan atau mana-mana bidang sekalipun yang mereka minati,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Walaupun jauh daripada keluarga, Gustin sentiasa mengingatkan anaknya untuk terus fokus kepada acara yang disertai dan berjuang sehabis baik dengan membawa semangat rakyat Malaysia bersamanya.
“Saya amat berbangga sekali dan terharu kerana pencapaian di Temasaya Sukan Paralimpik inilah yang terbaik di peringkat tertinggi, di peringkat dunia, semasa jauh di bumi Tokyo, Jepun, saya selalu beritahu dia jaga diri dan fokus kepada apa yang dia lakukan,” katanya.
Anak kelahiran Sarawak itu merangkul emas dengan angkatan terbaik 228kg sekaligus memecahkan rekod temasya sebelum ini yang dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin dengan angkatan 227kg.
Selain Bonnie, ayah serta abangnya Bryan Junency Gustin juga bergelar atlet angkat berat para Negara.
Ketiga-tiga mereka pernah bertanding bersama-sama dalam Temasya Sukan Para Asean Kuala Lumpur pada 2007 lalu.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Muhyiddin, Anwar zahir ucapan tahniah buat Bonnie
BACA: Powerlifting: Bonnie pecah rekod dunia di Dubai
BACA: Powerlifting Para Piala Dunia: Bonnie rangkul emas
Topic Berkaitan
#Bonnie Bunyau
#Gustin Jenang
#Sukan Paralimpik Tokyo 2020
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan