awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM bakal umum pengganti De Roo dalam tempoh terdekat

Bernama
Bernama
16/09/2020
06:12 MYT
FAM bakal umum pengganti De Roo dalam tempoh terdekat
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menamakan Pengarah Teknikal badan induk itu yang baharu dalam tempoh terdekat, susulan keputusan Peter De Roo melepaskan jawatan berkenaan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menamakan Pengarah Teknikal badan induk itu yang baharu dalam tempoh terdekat, susulan keputusan Peter De Roo melepaskan jawatan berkenaan.
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata, badan induk itu masih meneliti kriteria calon yang sesuai, walaupun Ketua Unit Pembangunan Belia FAM Datuk Ong Kim Swee, yang merupakan penolong kepada De Roo, dikatakan menjadi pilihan utama untuk mengisi jawatan tersebut.
Stuart menegaskan calon yang bakal dilantik mestilah meneruskan program pembangunan yang dirancang FAM, namun masih boleh menyumbang idea bagi memperkasakan program bola sepak di peringkat akar umbi.
"Mungkin sebelum akhir September atau awal Oktober, kita akan umumkan Pengarah Teknikal FAM yang baharu.
"Bagi pihak FAM, kita perlu mengambil masa untuk meneliti calon yang sesuai di peringkat Jawatankuasa Teknikal, sebelum nama calon berkenaan dibincangkan pada mesyuarat exco FAM untuk proses kelulusan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Baru-baru ini, De Roo memaklumkan beliau akan melepaskan jawatan berkenaan yang disandangnya sejak 2017, namun tidak mendedahkan punca beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bagi jawatan tersebut, yang akan tamat pada penghujung 2020.
De Roo yang berasal dari Belanda, menjadi watak penting dalam membangunkan DNA bola sepak negara yang baharu, sejak dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanda
#bola sepak
#calon
#DNA
#Exco
#FAM
#Malaysia
#Ong Kim Swee
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan