awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM sahkan status De Paula sebagai pemain tempatan

Bernama
Bernama
02/03/2021
10:32 MYT
FAM sahkan status De Paula sebagai pemain tempatan
De Paula sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan status penyerang Perak FC, Guilherme De Paula sebagai pemain tempatan.
Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pengesahan status De Paula akan membuka peluang kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe untuk memanggil pemain kelahiran Brazil itu menyertai skuad Harimau Malaya kelak.
"Cheng Hoe sudah semestinya akan menilai kemampuan De Paula pada aksi Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada hujung minggu ini.
"Dengan ini, saya percaya Cheng Hoe akan memanggil De Paula untuk menyertai latihan skuad kebangsaan pada 22 Mac nanti," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Perak FC menerusi catatan di laman Facebook menjelaskan De Paula akan didaftar sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga-M musim ini.
Sementara itu, Mohd Yusoff yakin penampilan pemain berusia 34 tahun tersebut bersama skuad kebangsaan, sekiranya terpilih, bakal mempertajamkan lagi barisan serangan skuad Harimau Malaya.
"Persembahan De Paula dalam Liga M (LIga Malaysia) juga sangat baik... saya jangka beliau merupakan seorang pemain yang boleh kita harapkan untuk menjaringkan gol," katanya.
Pengesahan status De Paula itu menjadikan beliau bakal menjadi pemain naturalisasi ketiga negara selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#de paula
#Guilherme de Paula
#penyerang
#Perak FC
#FAM
#Status
#pemain tempatan
#harimau Malaya
#pemain kelahiran brazil
#skuad kebangsaan
#liga m
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan