KUALA LUMPUR: Kecoh di media sosial sejak beberapa hari lalu apabila bekas pemain badminton nombor satu dunia, Taufik Hidayat, dikatakan tidak berpuas hati dengan pengiktirafan yang diterima Datuk Lee Chong Wei yang tersenarai dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.
Sebuah klip rakaman video rancangan bual bicara di Indonesia menjadi tular apabila Taufik seolah-olah mempersoalkan pemilihan Chong Wei untuk berada dalam senarai itu.
Lebih membuatkan ramai tidak berpuas hati apabila Taufik dikatakan mengaitkan pemilihan Chong Wei itu dengan ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berada di Kuala Lumpur.
"(Beliau dipilih kerana menang) tiga kali pingat perak (Olimpik), paling lama di kedudukan (pemain) nombor satu," kata hos rancangan berkenaan.
"Kalau ada yang menang satu emas (Olimpik) dan 10 pingat perak (Olimpik), anda pilih yang mana?" tanya Taufik.
Taufik, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, bagaimanapun enggan mengakui jika dia lebih layak untuk tersenarai, malah beliau juga enggan meletakkan dirinya sebagai pemain yang lebih baik daripada Chong Wei.
"Tidak juga (lebih baik). Kan saya sudah cakap, itu (tersenarai dalam Hall of Fame) hanya tulisan semata-mata. Bukan sesuatu yang perlu saya ambil berat.
"Tetapi Lin Dan memang layak disenaraikan," katanya.
Baru-baru ini, Chong Wei dan 'musuh' tradisinya dari China, Lin Dan dipilih dalam Hall of Fame BWF 2023.
Majlis penganugerahan berlangsung pada 26 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Chong Wei yang bersara akibat masalah kesihatan kanser hidung dialaminya telah meraih 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan pemain badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.
Astro Awani
Fri Jun 02 2023
Sebuah rakaman video rancangan bual bicara di Indonesia menjadi tular apabila Taufik seolah-olah mempersoalkan pemilihan Chong Wei. - Gambar fail
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.
Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.
"Bukan sekadar kawan, tetapi keluarga" - Chong Wei sebak pemergian Ah Gan
Berita itu dikongsikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya.