KUALA LUMPUR: Jurulatih negara akan dapat mengenali pemain bimbingan mereka dengan lebih baik dan mengambil pendekatan dengan lebih berfokus di bawah struktur baharu yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Selasa, kata Rexy Mainaky.
Rexy yang akan menyelia keseluruhan jabatan beregu selaku pengarah kejurulatihan beregu berkata jurulatih kini akan melatih jumlah pemain yang lebih rendah jadi mereka akan dapat mengetahui keperluan anak buah mereka dengan harapan mereka dapat berusaha dengan lebih baik ke arah kejayaan.
Bekas Juara Olimpik dan Juara Dunia yang kembali ke BAM sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan pada 1 Dis sebelum diberikan peranan baharu, dipercayai struktur baharu ini akan dapat meminimumkan masalah di pihak kejurulatihan.
"Apabila angkanya kecil, mereka akan mengetahui dengan lebih baik, setiap sudut dan sikap pemain mereka, jika mereka tidak benar-benar menumpukan perhatian kepada latihan dan apa harapan pemain terhadap jurulatih mereka. Jadi laporan yang saya terima adalah lengkap dan saya boleh membincangkannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Datuk Kenny Goh mengenai isu itu.
"Jika jurulatih mahu menumpukan kepada setiap orang, ia adalah sukar dan tiada siapa akan menghasilkan keputusan yang diinginkan. Akan ada beberapa jurulatih beregu di bawah saya dan sekitar 32 pemain, " katanya dalam sidang media selepas mesyuarat maya jawatankuasa itu di sini semalam.
Bagaimanapun, Rexy mengakui untuk melakukan perubahan daripada sistem sedia ada kepada satu sistem baharu bukannya mudah tetapi beliau berharap dengan pendekatan baharu ini dan penjelasan yang lebih baik, prestasi pemain akan bertambah baik tahun hadapan.
Terdahulu, Kenny mengumumkan penstrukturan semula BAM dengan Pengarah Kejurulatihan Wong Choong Hann akan memikul tanggungjawab selaku Pengarah Jabatan Perseorangan sementara pakar beregu Rexy mengambil alih Jabatan Beregu,
Sementara itu, Choong Hann berkata perubahan itu adalah untuk kebaikan masa hadapan dan beliau mengakui terdapat kelewatan dalam proses membuat keputusan dalam struktur sebelumnya dengan beliau perlu menyelia jabatan -- perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran dengan setiap jabatan mempunyai ketua jurulatih dan jurulatih berasingan.
"Buat masa ini saya mahu menumpukan kepada struktur perseorangan. Saya percaya kami mampu meningkatkan kecekapan dalam aksi kami dan ini adalah sesuatu yang kami sedia untuk melakukannya.
Dengan kepakaran Rexy, ia merupakan satu kelebihan kerana beliau boleh menjaga jabatan beregu sementara pengurusan dan pengaturan semua pemain di bawah bumbung beregu akan menjadi lebih lancar untuk mencuba gandingan baharu antara lelaki, wanita dan beregu campuran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Rexy mengakui untuk melakukan perubahan daripada sistem sedia ada kepada satu sistem baharu bukannya mudah. - Foto Twitter/@estywukak
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.