Kedah diharap dapat melahirkan lebih ramai bintang skuasy susulan kejayaan empat atlet dari negeri Jelapang Padi ini yang memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain 2018 bulan lalu.
Bagi merealisasikan impian itu pusat latihan skuasy baharu di Stadium Abdul Halim di sini bakal dibina dengan kos RM7.6 juta.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap pusat ini akan melahirkan lebih ramai pelapis pemain skuasy dari Kedah selaras dengan potensi negeri ini yang dilihat mampu menjadi negeri sukan cemerlang.
Katanya, ia dijangka siap awal tahun depan dengan kemudahan termasuk lapan gelanggang, ruang media dan pejabat.
"Walaupun perancangannya lebih awal namun ia boleh dikatakan sebagai hadiah kepada negeri Kedah.
"Kita berharap dengan adanya pusat latihan ini, ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi melahirkan lebih ramai atlet pelapis dalam sukan skuasy.
Diharap juga mereka mampu mengikut jejak kejayaan pemain skuasy negara, Datuk Nicol David yang pernah menjadi pemain nombor satu dunia selama 10 tahun sejak 2006," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Skuasy Kedah di Suka Menanti, hari ini.
Melalui pembinaan pusat latihan baharu ini, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah menjangkakan dapat meningkatkan pengambilan atlet pelapis sehingga 120 berbanding 58 pemain skuasy remaja di bawah program MSN ketika ini.
Baru-baru ini, empat atlet dari Kedah iaitu K Segveetrraa (kategori bawah 13), pemain adik-beradik, Aira dan Aifa Azman (bawah 15 dan 17) serta S. Sivasangari (bawah 19) memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain.
"Dari segi atlet wanita kita tidak ketinggalan malah mempunyai kedudukan hampir sama dengan negara lain termasuk Mesir namun kita agak ketinggalan sikit dari pembangunan skuasy lelaki," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy meminta supaya penyokong Helang Merah tidak emosi dalam isu perancangan pembinaan stadium baharu di Kedah yang dicadangkan oleh kerajaan negeri.
"Saya minta penyokong Kedah memahami dan tidak perlu emosi dengan pembinaan stadium baharu.
"Saya faham stadium lama itu mempunyai nilai sentimental namun ia adalah untuk keselesaan mereka juga," tambahnya lagi.
Pada tahun lalu, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan stadium baharu di atas tapak stadium lama yang dibina sejak 1962 itu namun mendapat tentangan dari peminat bola sepak berikutan ia terpaksa dirobohkan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Feb 03 2018
KHAIRY: Walaupun perancangannya lebih awal namun ia boleh dikatakan sebagai hadiah kepada negeri Kedah. - Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Kumpulan Brahim’s Dewina rai kecemerlangan di Anugerah BrandLaureate 2024
Kumpulan Syarikat Brahim's Dewina bangga meraikan tiga pencapaian terbaik di Anugerah BrandLaureate 2024, mengukuhkan kepimpinan dalam industri halal global dan katering.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.
Jaminan kemasukan matrikulasi wajar, pengiktirafan kepada pelajar cemerlang - Pakar
Ia adalah langkah perlu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara, sekali gus mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak Malaysia.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi
Pencapaian Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) menunjukkan prestasi yang baik.
Kejutan Tze Yong di Terbuka Australia
Ng Tze Yong melakar sensasi apabila menyingkirkan pemain nombor lima dunia, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan kedua Terbuka Australia pada Khamis.
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir
Gandingan nombor satu negara itu hanya mengambil masa 31 minit mengenepikan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-13, 21-18.
KPWKM, KPLB sedia peluang pendidikan untuk kanak-kanak JKM cemerlang
KPWKM dalam kenyataan berkata perkara itu dipersetujui dalam perbincangan kedua-dua kementerian berkenaan pada 8 Julai lepas.
137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat
Seramai 137 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2021 dari Sekolah Agama Kerajaan Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat, berbanding hanya 66 orang pada tahun sebelumnya.