SKUAD dodgeball lelaki negara membawa pulang pingat emas dalam saingan Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Kanada selepas menewaskan Australia 10-5 sementara pasukan campuran negara memperoleh pingat perak.
Malaysia menempah slot ke final selepas menundukkan tuan rumah 8-3 di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton.
Turun dalam aksi final awal pagi tadi, Malaysia memastikan gelaran juara dunia apabila mengatasi Australia 10-5 -- Malaysia turut memperoleh anugerah Pemain Paling Bernilai menerusi Carlos Goonting.
Sementara dalam saingan campuran, Malaysia terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas kepada Kanada 7-3.
“Ini adalah satu penghormatan besar bagi Malaysia kerana kita menyambut Hari Merdeka ke-65 dan juga Hari Malaysia.
“Sebagai Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan kami ketika kami berdepan beberapa pasukan terbaik dunia.
“MAD menyasarkan dua pingat emas tetapi untuk meraih satu emas dan satu perak, kami tetap berterima kasih kepada pasukan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sukan (KBS), Institut Sukan Negara (ISN), Berjaya Corporation, Black Box dan semua penaja lain atas sokongan tidak berbelah bahagi.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kami atas kerja cemerlang mereka dalam menyediakan pasukan kami," kata presiden MAD Radha Krishnan.
Untuk rekod, skuad lelaki negara mengulangi pencapaian juara kategori lelaki pada edisi 2017 di Toronto, Kanada, diikuti pencapaian skuad lelaki mengulangi kejayaan sama pada edisi 2018 di Los Angeles sebelum kedua-dua pasukan masing-masing muncul naib juara pada edisi berikutnya di Cancun, Mexico, 2019. -- Stadium Astro
Astro Arena
Mon Sep 05 2022
Skuad lelaki negara mengulangi pencapaian juara kategori lelaki pada edisi 2017 di Toronto, Kanada. - Stadium Astro
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.
LWN 2023 mampu jadi titik perubahan bola sepak wanita negara
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melihat penganjuran saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berpotensi menjadi titik perubahan bagi landskap bola sepak wanita di negara ini.
Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya
Keberadaan dan status pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.
Hairuddin hasil produk sambal bilis bantu orang ramai jana pendapatan
Bermula dengan pengeluaran 100 botol secara suka-suka, kini produk sambal bilis yang diberi nama DuoBotak itu telah mencecah jualan lebih 80,000 botol sejak dilancarkan.
Bekas jurulatih, CEO pasukan Liga-M anggap program naturalisasi masih relevan
Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan sebagai usaha memperkuat skuad Harimau Malaya.
Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan
Cheng Hoe memuji prestasi baik dan komitmen pemainnya atas kejayaan mendapat tiga mata dalam perlawanan hidup atau mati menentang pasukan Thailand.
Harimau Malaya perlu 'belajar' sebelum cipta sejarah
Perlawanan di Stadium The Seven itu memberi peluang kepada Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe menentukan kombinasi terbaik menjelang cabaran sebenar.
Pesawat khas Malaysia Airlines terbangkan skuad Harimau Malaya ke UAE
Malaysia Airlines merupakan rakan penerbangan rasmi skuad Harimau Malaya menerusi kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jadual Liga-M dipinda, beri laluan persiapan skuad kebangsaan
Kalendar perlawanan Liga-M 2021 akan dipinda bermula pada 23 April ini sebagai memberi laluan kepada persiapan pasukan kebangsaan.
Azman Adnan mahu lebih ramai pemain muda berkelana ke luar negara
Penyerang pasukan kebangsaan dan Selangor era 90-an Azman Adnan mencadangkan agar lebih ramai pemain muda menanam keazaman untuk beraksi di luar negara.