'KECEWA sehingga pingat pun dah tak nak pandang.'
Itulah pengakuan bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian, yang mengetepikan sakit usus yang dihadapi demi mencapai kejuaraan 'treble' Selangor pada 2005.
"Saya mengambil keputusan untuk melepaskan pingat kemenangan itu adalah berdasarkan kekecewaan.
"Selepas melihat bekas pemain negara, Khalid Jamlus yang menjual Kasut Emas yang diraih, saya juga mengambil keputusan yang sama atas dasar kekecewaan.
"Melihat pingat itu setiap hari akan lebih menyakitkan hati daripada mengingatkan saya kepada kenangan yang indah," kata Jamsari ketika diwawancara oleh wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.
"Bermain demi lencana bermati-mati namun apa yang telah dijanjikan tetapi tidak ditepati. Pulangan yang diterima begitu hampa."
Selangor dikatakan mungkir janji, terbit harapan yang disuarakan Jamsari andai pengurusan baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sudi untuk bertemu muka.
"Jika terdapat pihak persatuan yang mahu bertemu kami, termasuk beberapa rakan sepasukan yang lain, kami sangat berbesar hati untuk menyelesaikan perkara ini. Tetapi isu ini telah lama namun kami berkhidmat untuk pasukan yang sama.
Bercakap mengenai janji yang telah diberikan, Jamsari berkata: "Perkara yang mengecewakan saya tidaklah melibatkan bonus kerana ia diberikan jika kami menjuarai sesuatu pertandingan tetapi ia melibatkan gaji. Ia merupakan sesuatu yang telah dijanjikan tetapi sehingga kini ia merupakan perkara tidak ditunaikan."
Jamsari menerusi akaun Facebooknya sebelum ini mengumumkan mahu melelong koleksi tiga pingat iaitu pingat juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 dan Piala Malaysia 2005 selepas jualan pingat sebelum ini (ketika menyarung jersi Kedah) didermakan untuk Palestin dan Syria.
Dia menyatakan jualan pingat itu untuk 'menderma' kepada diri sendiri sekali gus menimbulkan persoalan memandangkan ia dibuat hanya beberapa hari selepas Khalid Jamlus melelong koleksi peribadinya termasuk Anugerah Kasut Emas.
Astro Arena
Sun Jul 12 2020
Jamsari menerusi akaun Facebooknya sebelum ini mengumumkan mahu melelong koleksi tiga pingat iaitu pingat juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 dan Piala Malaysia 2005. - Foto Astro ARENA
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ketepi penyakit demi bantu Selangor raih treble - Jamsari
Selangor dikatakan mungkir janji, terbit harapan yang disuarakan Jamsari andai pengurusan baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sudi untuk bertemu muka.