Juara Liga Super sebanyak dua kali, Selangor bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Pahang 2-1 pada aksi pertama Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
Selangor terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan tonggak import baharu skuad Tok Gajah dari Brazil, Ivan Carlos pada minit ke-20, namun skuad Gergasi Merah itu berjaya mengikat kedudukan hanya dalam tujuh minit menerusi pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun.
Skuad kendalian B Sathianathan kemudian mengesahkan tiga mata penuh menerusi rembatan kencang Brendan Gan pada minit ke-88.
Sementara itu, Perak membenam Terengganu FC (TFC) 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.
Pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi rembatan jarak dekat pemain dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-18, sebelum penyerang import pelawat dari Brazil, Guilherme De Paula menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-41 selepas dia dijatuhkan pertahanan TFC, Arif Fadzilah Abu Bakar.
Ketua Pasukan The Bos Gaurus, Shahrul Mohd Saad dengan tandukan derasnya menjaringkan gol kedua pada minit ke-52 dan Guilherme mengukuhkan kemenangan Perak dengan satu lagi gol pada minit ke-79.
Turut gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri ialah pendatang baharu, UiTM FC yang kecundang 0-2 kepada Melaka di Stadium UiTM, Shah Alam.
Melaka membuka jaringan menerusi penyerang import dari Haiti, Sony Norde pada minit ke-28, sebelum pemain import dari Colombia, Romel Morales Ramirez menggandakan jaringan pada minit ke-90.
Saingan Liga Premier pula menyaksikan naib juara tahun lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) II meneruskan rentak cemerlang dengan membenamkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
JDT II bermula garang menerusi gol Arif Aiman Mohd Hanapi seawal minit kedua, diikuti dua jaringan Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-23 dan ke-50, manakala gol sagu hati pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Igor Carneiro Luiz pada minit ke-58.
Perlawanan itu turut dicemari dengan insiden kad merah apabila pemain JDT II, Nicolas Alberto Fernandez diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan, Abdul Rahman Wahab kerana mengasari penyerang Muhammad Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-84.
Kelantan dan Kuala Lumpur pula terpaksa berkongsi satu mata apabila terikat 1-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Skuad 'The Red Warriors' membuka jaringan menerusi sepakan penalti Lazarus Kaimbi pada minit ke-47, namun jaringan lewat Kouassi Francis Kone pada minit ke-89 membantu Kuala Lumpur mengikat kedudukan.
Di Stadium Sarawak, pendatang baharu, Kuching FA gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila tunduk 1-2 dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) di hadapan lebih 3,500 penyokong.
Jaringan skuad The Varsity Boys diperoleh menerusi sepakan penalti pemain import dari Korea Selatan, Lee Seong Woo pada minit ke-42 dan Faiz Hanif Adnan (minit ke-78), manakala skuad tuan rumah mengurangkan defisit jaringan menerusi Rafiezan Razali pada minit ke-56.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020
Ivan Carlos (tengah) ketika menewaskan penjaga gol Selangor Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. --fotoBERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Peluang terbaik pemain tingkat intensiti latihan - Brendan Gan
Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menyifatkan permulaan Liga Malaysia (Liga-M) pada 26 Ogos ini sebagai medan terbaik pasukan tempatan mempertingkatkan intensiti latihan bagi menghadapi aksi lebih k
Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain untuk menentang UAE - Brendan Gan
Kembali menyarung jersi kebangsaan selepas tiga tahun, dan menyaksikan Malaysia menumpaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi mungkin menjadi kenangan paling manis buat pe