PHNOM PENH: Malaysia berjaya meraih pingat perak pertama dalam e-sukan pada Sukan SEA di sini, menerusi acara berpasukan campuran Attack Online 2 (AK2) hari ini.
Pasukan negara terdiri daripada lima pemain - Harriq Izzat Amirul Muhammad (Puaka); Iqbal Harun (KienKien12); Muhammad Fazrul Izwan Roslan (Saviourz); Reydza Pyar Dasha Mohd Fadilah (Zetsu) dan Shah Rullah Muadzah Sauki (Kinda) - tewas 0-3 menentang Kemboja dalam perlawanan pingat emas selama hampir satu setengah jam yang berlangsung di Naga World 2.
Pengurus pasukan kebangsaan Andrew Cheong berpuas hati dengan persembahan pasukannya hari ini kerana mereka berjaya mencapai sasaran untuk membawa pulang pingat perak daripada pemainan dalam talian paling popular di Kemboja itu.
AK2 ialah permainan video first person shooter untuk peranti mudah alih dan komputer peribadi (PC).
“Saya tidak nafikan bahawa AK2 ialah permainan dalam talian paling popular di Kemboja, namun pujian harus diberikan kepada pasukan kerana mereka mempersembahkan pertarungan yang baik menentang Kemboja dari mula sehingga tamat,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.
Bukan itu sahaja, Cheong yang turut dikenali sebagai “Sir Cloud” berkata pasukan negara juga layak diberi penghargaan kerana semua pemain yang mewakili negara merupakan pekerja sepenuh masa.
“Saya sangat bangga dengan komitmen mereka terutamanya menjelang dua bulan sebelum temasya sukan ini, bukan mudah untuk mereka bergelut dengan kerja dan latihan, namun akhirnya mereka berjaya membawa pulang pingat,” katanya.
Bagi pihak pasukan, Cheong berkata beliau ingin berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara kerana memberi kebenaran untuk berlatih di Bukit Jalil, dan Majlis Olimpik Malaysia atas bantuan dan sokongan pada sukan dwitahunan itu.
Edisi Manila 2019 kekal sebagai pencapaian terbaik buat pasukan e-sukan Malaysia kerana berjaya merangkul satu-satunya pingat emas setakat ini, menerusi Yew Weng Kean dalam permainan Hearthstone dan gangsa melalui Mobile Legends: Bang Bang.
Pada Hanoi 2021, skuad negara meraih tiga gangsa dalam FIFA Online 4, Arena of Valor dan PUBG Mobile.
Bernama
Sun May 07 2023
Malaysia berjaya meraih pingat perak pertama dalam e-sukan pada Sukan SEA di sini, menerusi acara berpasukan campuran Attack Online 2 (AK2) hari ini. - Bernama
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN
Katanya, MSN akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Malaysia harus berani anjur Sukan Komanwel 2026 - Dr Ramlan
Dr Ramlan berpendapat pelaburan kewangan 100 juta pound daripada CGF akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
MSN siasat dakwaan salah laku seksual jurulatih para renang
MSN juga menegaskan tidak pernah menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaharu ini.
Saiz kontinjen ke Paris 2024 mungkin kecil daripada jangkaan
Saiz Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berisiko menjadi lebih kecil berbanding beberapa edisi terdahulu selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.
Tiada kompromi gagal ujian doping - MSN
Abdul Rashid berkata pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet yang tampak masih tiada penghujungnya.