SHAH ALAM: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan Brad Maloney menyifatkan kemenangan direkodkan skuad kendaliannya pada aksi terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-2 di Stadium UiTM, Shah Alam menentang Filipina B-23 semalam sebagai perkembangan positif.
Sambil menaruh keyakinan tinggi dengan keupayaan anak buahnya menjelang persiapan ke Sukan SEA, di Hanoi, Maloney berkata kesemua pemain telah menunjukkan kualiti permainan yang baik.
"Tujuan perlawanan persahabatan ini (diadakan) adalah untuk memastikan kesemua pemain berada bersama-sama selain (untuk) melihat kombinasi dalam kalangan mereka. Jadi menang atau kalah, perkara tersebut adalah perkara kedua perlu difikirkan.
"Apa yang penting prestasi ditunjukkan pemain dan saya melihat ada penambahbaikan dilakukan. Jadi ia satu petanda baik serta keputusan yang amat menggalakkan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.
Dalam perlawanan secara tertutup tanpa penonton itu, kawalan permainan skuad negara tampak lebih seimbang dengan kehadiran beberapa pemain termasuk penjaga gol Kuala Lumpur City FC Muhammad Azri Ab Ghani.
Skuad negara mencipta jaringan pada babak kedua permainan hasil sepakan percuma Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-53.
Pasukan negara menambah kegembiraan menerusi gol kedua dijaringkan Muhammad Faiz Amer Runnizar pada minit ke-65.
Mengulas lanjut, Maloney berkata kebanyakan pemain daripada senarai 31 orang yang dipanggil telah melapor diri secara berperingkat selepas selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Beliau berkata ini sekali gus memberikan keselesaan buatnya dalam merencana strategi sebagai bekalan menghadapi Sukan SEA nanti.
Selepas aksi bertemu Timor-Leste B-23 pada Jumaat lepas dan diikuti Filipina B-23, skuad muda Harimau Malaya akan terbang ke bumi Vietnam pada Rabu ini (4 Mei) bagi menghadapi saingan Sukan SEA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022
Antara aksi para pemain bola sepak kebangsaan B-23 negara ketika menjalani sesi latihan menjelang Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Mei ini, di Kompleks Sukan PKNS FC, Petaling Jaya, 30 Apr 2022. - Gambar fail/BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.