BAYERN Munich, Barcelona, Besiktas, Chelsea, Manchester City, Paris Saint Germain (PSG), Real Madrid dan Tottenham Hotspur sudahpun mengesahkan tempat mereka di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang melibatkan 16 pasukan.
Lapan lagi pasukan bersaing untuk mara dengan Manchester United terlepas peluang untuk layak lebih awal apabila kalah kepada FC Basel 1-0.
Liverpool juga perlu tunggu sehingga perlawanan terakhir selepas seri 3-3 dengan Sevilla.
PSG pula mencipta rekod jaringan gol paling banyak dalam peringkat kumpulan dengan 24 gol berbaki satu lagi perlawanan menentang Bayern Munich pada 6 Disember.
Rekod sebelum ini dipegang Borussia Dortmund pada musim 2016/17 dengan 21 gol dijaringkan dalam peringkat kumpulan.
PSG juga bolos hanya sekali dalam peringkat kumpulan setakat ini.
Berikut kedudukan dan perebutan ke slot pusingan kalah mati mengikut kumpulan.
Kumpulan A - Manchester United hanya perlukan satu mata dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Old Trafford menentang CSKA Moscow.
FC Basel pula boleh mara walaupun kalah jika United menewaskan CSKA kerana jumlah perbezaan gol yang lebih baik berbanding kelab Rusia itu.
Kumpulan B - PSG dan Bayern sudahpun layak ke pusingan kalah mati.
Namun PSG perlu mengelak kekalahan kepada Bayern untuk muncul juara kumpulan.
Bayern pula perlu menang dengan lebih daripada tiga gol untuk merampas kedudukan PSG.
Kumpulan C - Chelsea yang sudah layak ke peringkat seterusnya perlu menewaskan Atletico Madrid dalam perlawanan terakhir untuk memastikan ia selamat di kedudukan teratas kumpulan.
Roma mempunyai kelebihan untuk mara berbanding Atletico namun perlu mengelak kekalahan atau seri kepada Qarabag untuk mara ke pusingan kalah mati.
Kumpulan D - Barcelona pula sudah muncul sebagai juara kumpulan.
Slot terakhir menjadi rebutan Juventus dan Sporting Lisbon namun Juve perlu menang untuk sah mara.
Sporting pula perlu menang ke atas Barca dan mengharapkan Juve kalah kepada Olympiakos.
Kumpulan E - Liverpool akan muncul juara kumpulan jika dapat menewaskan Spartak Moscow di Anfield pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Sevilla sudah pasti pasukan pilihan untuk mara selaku naib juara kerana berdepan pasukan kerdil, NK Maribor dalam perlawanan terakhir.
Kumpulan F - Manchester City mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan dan Shakhtar Donetsk perlu mengelak kekalahan kepada City untuk mara.
Jika Shakhtar kalah, Napoli perlu menewaskan Feyenoord untuk mara.
Kumpulan G - Besiktas sudahpun mara sebagai juara kumpulan.
Porto perlu menang untuk memastikan kemaraan manakala RB Leipzig boleh mara jika menewaskan Monaco dan Porto mengalami kekalahan.
Kumpulan H - Tottenham Hotspur mengejutkan pelbagai pihak dengan menjuarai kumpulan H yang dianggap sebagai kumpulan maut.
Real Madrid juga sudah layak selaku naib juara kumpulan.
Ian Johan Ariff
Thu Nov 23 2017
Paul Pogba mengetuai pasukan Manchester United yang tumpas 1-0 kepada Basel awal pagi tadi. Gambar - Reuters/Andrew Boyers.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.