Kalah atau menang adat bertanding, begitulah pengakhiran beregu lelaki senior Malaysia Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang tidak dapat meneruskan kemaraan dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2020 selepas ditundukkan beregu muda negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Arena Axiata, di sini pada Selasa.
Aaron-Wooi Yik menyingkirkan senior mereka V Shem-Wee Kiong seawal pusingan pertama dengan keputusan 21-19, 21-18 menerusi aksi yang lebih baik dan kurang melakukan kesilapan.
"Hari ini punya prestasi memang puas hati. V Shem-Wee Kiong senior kita, selalu buat latihan sekali, tiap-tiap hari. Pelan perlawanan pun semua tahu. Cuma siapa pamerkan aksi lebih baik, akan menang," kata Aaron kepada media selepas perlawanan.
Beregu yang menduduki ranking kelapan dunia itu dijangka bertemu sama ada, beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo atau pun pemain dari pusingan kelayakan, Lin Chia Yu-Yang Ming-Tse dari Taiwan di pusingan kedua.
Aaron berharap mereka mampu mempamerkan aksi yang lebih baik dan memberi saingan lebih sengit kepada pihak lawan.
"Kita kena fokus sebab tidak senang untuk kalahkan beregu nombor satu dunia. Memang kita harapkan kemenangan tidak kira sama ada jumpa Marcus-Kevin atau Lin-Yang.
"Kalau pasangan Marcus-Kevin, kita pernah jumpa mereka tiga kali dan memang perlawanan sengit sehingga heret ke set penentuan. Namun kita harap boleh bagi perlawanan sengit untuk mereka," kata Aaron.
Sementara itu, Wooi Yik mengakui kemenangan pada pusingan pertama ke atas pemain senior sedikit sebanyak menaikkan keyakinan mereka untuk beraksi lebih baik pada kejohanan ini.
Katanya, jika terpaksa menentang pasangan Marcus-Kevin, beliau akan tetap lawan walaupun mengetahui perlawanan akan lebih sengit.
Turut melangkah ke pusingan kedua ialah pasangan yang baharu sahaja digugurkan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Kedua-dua mereka mempamerkan aksi cemerlang dengan mengejutkan pasangan ke-12 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 21-15, 18-21, 21-15
Beregu ke-19 dunia itu dijadual bertemu sama ada beregu pilihan kelapan kejohanan, Han Cheng Kai-Zhou Hao Dong dari China atau beregu dari pusingan kelayakan, Jones Ralfy Jansen-Peter Kaesbauer dari Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
Soh Wooi Yik (kiri) bersama Aaron Chia ketika beraksi menentang Goh V Shem dan Tan Wee Kiong pada pusingan pertama beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Master 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, 7 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024.
Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10
Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan pada Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini.
Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024
Antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang.
Wooi Yik cedera, beregu lelaki tarik diri Badminton Terbuka Perancis
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri sebelum memasuki gelanggang pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2023 sebentar tadi.