awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
18/04/2018
00:47 MYT
Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Jep (gambar) mengakui kurang wujud keserasian dan latihan sebagai satu pasukan dalam MyA. - Astro AWANI / MARIAH AHMAD
“Saya tidak sedih, tetapi saya puas hati bahawa semangat dan pengorbanan yang dilakukan bersama Mysterious Assassins (MyA) sudah terbukti."
Demikian luahan rasa Mohd Haqqani '2ez4jepv'Jaffar yang kini membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut selepas lebih setahun bersama.
2ez4jepz atau senang dikenali sebagai Jep berkata, keputusan itu sudah dilakukan sebelum pusingan penentu Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura bermula pada Jumaat lepas.
“Saya belum mengumumkan kepada peminat kerana saya mahu memberi fokus 100 peratus untuk MPL dan meraikan kemenangan bersama MyA.
“Kalau difikirkan semula, perbincangan ini mungkin akan mendapat kesan negatif kepada pasukan tetapi itulah hakikatnya kalau kita ikhlas dengan sesuatu perkara.
"Berterus terang itu adalah perkara yang sangat penting pada pendirian seseorang,” katanya sambil menambah, perbincangan itu telah dilakukan bersama pengurus dan ahli pasukannya.
BACA: MyA tidak mahu terus dilabel sebagai 'kedua terbaik'
Bercakap kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Selasa, Jep berkata, walaupun berjaya meraih tempat ketiga dan mengalahkan AirAsia Saiyan dalam pusingan penentu MPL baru-baru ini, dia yang bermain posisi tank dan mage untuk MyA mengakui kurang wujud keserasian dan latihan sebagai satu pasukan.
“Kami memang kurang berlatih. Semuanya berdasarkan skil individu apabila bermain di MPL.
“Memang MyA baru sahaja mendapat beberapa bentuk penajaan dan sokongan daripada Flash Vision. Itu memang berita baik dan kelebihan untuk MyA pada masa akan datang, namun saya tekad untuk tinggalkan pasukan ini," tambahnya.
Jep bersama Mohd Zulshahrin 'King Zyzz' Zulkifli, Muhd Hilmi 'Sh4dow' Abdul Halim dan Mohd Faris 'Soloz' Zakaria merupakan antara tonggak utama MyA sejak ia ditubuhkan pada Oktober 2016.
Ia kemudiannya disertai Khor Hoi 'Facebook' Cean pada September 2017.
Jep juga pernah bermain bersama pasukan Team Saiyan bagi Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC) pada tahun lalu.
Antara pencapaian lain yang diraih Jep sepanjang bersama MyA termasuk Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP.
“Ini adalah kemenangan titik peluh bersama-sama dengan pasukan MyA,” jelasnya.
Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, Jep berhasrat untuk membentuk pasukannya sendiri.
Menurutnya, pasukan baharu yang akan dibentuk tidak lama lagi dapat menggegarkan arena Mobile Legends.
“Saya berharap pasukan baharu saya nanti dapat mewakili Malaysia dan bertanding dalam kejohanan dunia pada masa akan datang, dan menjadi pasukan yang terbaik di pentas global,” tambahnya.
Bagaimanapun, Jep berkata, dia masih belum bersedia untuk mendedahkan barisan pemain yang akan menyertai pasukan baharu itu.
Topic Berkaitan
#2ez4jepv
#airasia saiyan
#arena maya
#keluar kumpulan
#Liga Profesional Mobile Legends
#Mobile Legends
#Mohd Haqqani Jaffar
#mpl
#mya
#mysterious assassins
#pasukan baru
#pasukan sendiri
#team saiyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan