awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam turut sumbang kepada sektor pelancongan, ekonomi setempat - Kon Yeow
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
Sifat organik tanah gambut jadi cabaran dalam operasi pemadaman kebakaran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Ghaddar dakwa ditipu, Presiden TRW mahu bincang

Sinar Harian
Sinar Harian
02/08/2025
00:20 MYT
Mohamed Ghaddar dakwa ditipu, Presiden TRW mahu bincang
Annuar (kanan) pula mendakwa Mohamad Ghaddar (kiri) telah melanggar peraturan dengan memuat naik surat rahsia di media sosial.
KOTA BHARU: "Apa saja masalah, duduk dan bincang."
Demikian tegas Presiden The Real Warriors (Kelantan TRW), Tan Sri Annuar Musa mengenai dakwaan bekas penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar bahawa beliau ditipu oleh pengurusan kelab berkenaan berhubung pengambilan pemain import.
Menurut Annuar, pihaknya akan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Saya sudah memberi nasihat kepada pengurusan supaya tidak menjawab di mana-mana media sosial selepas Mohamad Ghaddar meluahkan perkara itu di Instagram kerana tidak semua orang di luar sana faham situasi berkenaan,” katanya.
Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain serta Rakan Penaja The Real Warriors Musim 2025/2026, semalam.
Media sebelum ini melaporkan Mohamad Ghaddar mendakwa dirinya ditipu oleh pengurusan The Real Warriors berhubung pengambilan pemain import baharu kelab itu.
Mohamad Ghaddar menyifatkan pengurusan kelab berkenaan sebagai tidak jujur dan hanya membuat janji palsu berkenaan pemain import yang sudah dibawanya, Moaiad Alkhouli.
Katanya, Moaiad telah ditawarkan kontrak dan melepasi ujian kesihatan, namun secara tiba-tiba pengurusan kelab tidak lagi membalas sebarang mesej yang dihantar.
Dalam pada itu, Annuar turut mendakwa Mohamad Ghaddar telah melanggar peraturan dengan memuat naik surat rahsia (confidential) di media sosial.
Menurut Annuar, pihaknya mempunyai garis panduan yang ditetapkan sebelum menerima mana-mana pemain.
“Kita kena semak, adakah dia ejen sah dan mempunyai sijil daripada FIFA, selain pemain berkenaan perlu lulus pemeriksaan perubatan dan kecergasan, serta beberapa perkara lain yang perlu diambil kira,” ujarnya.
Jelasnya, persetujuan untuk mengambil pemain bukan terletak atas keputusan beliau seorang, sebaliknya turut melibatkan semua pihak dalam pengurusan kelab termasuk ketua jurulatih.
“Kita faham dia nak jadi ejen dan mahu tawarkan pemain, maka kita kena ikut peraturan seperti biasa,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#FIFA
#Kelantan TRW
#Mohamad Ghaddar
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan