MAJLIS Sukan Negara (MSN) menafikan pengguguran sepak takraw, angkat berat dan taekwondo yang digugur dalam senarai 19 sukan teras kebangsaan bermula 2018 bukanlah berasaskan pencapaian prestasi pasukan senior semata-mata.
Ketiga-tiga sukan itu tersenarai dalam sukan teras sejak 2008 dan telah diberi bantuan sepanjang 10 tahun lalu termasuk kelebihan sebagai sukan yang wajib dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma). Jelas Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, prestasi peringkat tertinggi akan menjadi matlamat dalam pembangunan sesebuah sukan itu.
"Prestasi mereka baik di peringkat senior mahupun pembangunan masih tidak meyakinkan berbanding dengan beberapa sukan teras lain yang menunjukkan peningkatan," ujar Shapawi.
Pengguguran sepak takraw, angkat berat dan taekwondo tidak bermakna hubungan mereka dengan MSN terputus sama sekali sebaliknya berpeluang untuk diserapkan semula, dua tahun akan datang selepas kajian diadakan semula kerana pada akhirnya, tanggungjawab membangun dan memajukan sukan adalah tanggungjawab badan induk sukan berkenaan.
Shapawi memberi contoh ragbi yang tetap dibantu meskipun bukan daripada sukan teras. Ini kerana, mereka telah menunjukkan kecederungan perubahan yang meyakinkan.
Dalam masa sama, beliau mendedahkan bola sepak tidak mendapat bantuan penuh kerana mampu berdiri dengan sendiri. Namun, bola sepak mendapat pengiktirafan sebagai sukan teras atas faktor sukan paling popular di dunia selain mampu memberi impak perpaduan nasional.
"Pencapaian skuad B-23 dan 19 adalah satu perkembangan yang kita tagih berbanding pencapaian mereka dalam tempoh 10 tahun lalu."
Lembaga Pengurus MSN telah membuat keputusan bahawa sepak takraw, angkat berat dan taekwondo digugurkan daripada senarai sukan yang wajib dipertandingkan dalam Sukma Perak 2018, malah ia telah dibentangkan dan dipersetujui Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia.
Sukan wajib yang dipertandingkan dalam Sukma Perak adalah akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak dan futsal, gimnastik artistik dan gimrama, hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, pencak silat, skuasy, boling tenpin serta wushu.
Sukan pilihan pula adalah bola baling, bola jaring, bola keranjang, golf, judo, kriket, petanque, ragbi, muay dan tinju.
Astro Arena
Fri Dec 15 2017
Pengguguran sepak takraw, angkat berat dan taekwondo tidak bermakna hubungan mereka dengan MSN terputus sama sekali sebaliknya berpeluang untuk diserapkan semula. - BERNAMA/Fail
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.