TOKYO: Debaran peminat sukan tanah air akhirnya terhenti apabila kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Kontinjen Malaysia nampaknya terpaksa menunggu sehingga malam tadi bagi meraikan kejayaan berkenaan, selepas Abdul Latif Romly menyumbang emas ketiga negara menerusi acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) di Stadium Olimpik.
Abdul Latif tidak menunggu lama untuk mengesahkan emas keduanya selepas Rio 2016, menerusi catatan pada lompatan pertama sejauh 7.26 meter (m) sebelum meninggalkan jauh pencabar lain dengan lompatan terbaiknya, 7.45m pada percubaan berikutnya.
Bagaimanapun, atlet kelahiran Perlis itu tidak berjaya melengkapkan lompatan terakhirnya pada percubaan keenam, selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki sejurus lompatan kelima dengan catatan 5.56m.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
Situasi itu menyebabkan beliau terpaksa diusung dengan kerusi roda oleh pegawai perubatan untuk menerima rawatan lanjut, namun emas tetap memihak kepada Malaysia.
Atlet Greece Athanasios Prodromou merangkul perak menerusi lompatan terbaik 7.17m, manakala lompatan sejauh 7.12m membantu Nicholas Hum dari Australia untuk memenangi gangsa.
Sementara itu, sejarah baharu sukan negara tercipta di Yoyogi National Stadium apabila juara dunia enam kali Cheah Liek Hou, muncul pemain pertama memenangi emas dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), selepas sukan badminton dipertandingkan buat kali pertama di temasya berprestij itu kali ini.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou juara sulung badminton, sumbang emas kedua negara
Pemain nombor dua dunia itu menewaskan seteru utamanya Dheva Anrimusthi, yang juga pilihan utama dari Indonesia, 21-17, 21-15, pada hari keempat acara badminton, untuk menghadiahkan emas kedua Malaysia di Jepun.
Terdahulu, Liek Hou, 33, berdepan detik mencemaskan apabila tewas pada set pertama 15-21, kepada pemain Taiwan Fang Jen-Yu, sebelum mempamerkan kebangkitan memenangi set sedua dan set penentuan 21-10, 21-16, dalam aksi separuh akhir pagi tadi, bagi mengesahkan slot ke akhir.
Seorang lagi pemenang pingat emas Malaysia ialah jaguh powerlfiting Bonnie Bunyau Gustin, manakala Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) pula meraih perak.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertama
Dalam pada itu, keadaan trek licin akibat hujan renyai di Stadium Olimpik menyekat kemaraan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, untuk mempertahankan emas acara 100m lelaki T36 (kecacatan fizikal) dalam sesi pagi acara olahraga.
Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, mengakui keadaan itu menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaan dan tidak berupaya mencabar kedudukan pingat.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Trek licin, Dek Wan akui hampir terjatuh
Pelari China Deng Peicheng membuat kejutan apabila meraih kejayaan berganda menerusi emas selain memecahkan rekod Paralimpik milik jaguh Australia James Turner, yang dilakukan pada peringkat saringan kedua semalam iaitu 11.87 saat (s), dengan rekod baharu 11.85s dalam aksi final.
James terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan masa 12.00s manakala gangsa milik Alexis Sebastian Chavez dari Argentina yang melakukan catatan masa 12.02s.
Seorang lagi wakil negara Wong Kar Gee, yang bertanding dalam acara lompat jauh lelaki T13 (kecacatan penglihatan) terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada lompatan keempat dalam aksi sulungnya di pentas Paralimpik.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Kar Gee alami kecederaan, tamat saingan di tempat ke-6
Atlet Azerbaijan Orkhan Aslanov, meraih emas dengan lompatan terbaik 7.36m, perak dimenangi Ivan Jose Cano Blanco dari Sepanyol (7.04m) manakala gangsa dimenangi atlet Amerika Syarikat Isaac Jean-Paul (6.93m).
Tiada atlet Malaysia yang akan beraksi pada hari terakhir temasya hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Malaysia berjaya mencapai sasaran tiga pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Isu subsidi minyak masak dan subsidi di bawah kawal selia KPDNHEP antara persoalan yang akan dibangkitakn dalam persidangan Dewan Rakyat.
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo
Liek Hou tidak sabar tamatkan kuarantin, rindu masakan ibu, isteri
Liek Hou muncul pemenang pingat emas pertama acara badminton dalam sejarah Sukan Paralimpik selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-17, 21-15.
Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik
Berakhirnya saingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan dengan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan dalam saingan tersebut.
Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM
Ia satu pengajaran yag besar buat Malaysia terutama bagi jurulatih untuk lebih bersedia pada masa hadapan.
Bapa Abdul Latif bayar nazar dengan cukur kepala
Abdul Latif suarakan hasrat untuk berkahwin dengan gadis pilihan yang dikenali sejak zaman sekolah.
CDM sangkal dakwaan Muhammad Ziyad lewat 28 minit
Megat D Shahriman berkata dakwaan seperti dilapor sebuah akhbar tempatan yang memetik sumber kontinjen negara itu tidak tepat.
Paralimpik Tokyo 2020: Abdul Latif kecewa tak dapat buat lompatan 8 meter
Atlet dari Perlis itu dihimpit kecederaan selepas mencatat 5.56m pada lompatan kelimanya dan menyebabkannya tidak dapat meneruskan aksinya.
Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia akhirnya capai sasaran pingat
Kontinjen Malaysia nampaknya terpaksa menunggu sehingga malam tadi bagi meraikan kejayaan berkenaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 September 2021.