PEMAIN badminton negara sama ada remaja atau senior, masih dihantui budaya 'penakut' yang menyebabkan prestasi mereka tidak konsisten dan gagal mengawal permainan ketika waktu kritikal.
Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang sedikit kecewa dengan prestasi pemain negara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Jakarta dan Terbuka Denmark baru-baru ini.
Pemain perseorangan lelaki remaja negara, Leong Jun Hao, gagal menamatkan penantian enam tahun negara apabila tewas kepada Kunvalut Vitidsarn dari Thailand 21-17, 15-21, 9-21 dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia.
Sementara pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula tersingkir pada aksi separuh akhir Terbuka Denmark selepas tewas kepada pasangan China Zheng Siwei-Chen Qingchen 16-21, 16-21.
"Inilah kita punya kelemahan iaitu semangat juang dan kekuatan mental yang tidak kuat. Saya sudah maklumkan kepada Michelle Chai (pengurus besar BAM) mengenai perkara ini dan juga telah berbincang dengan pihak jurulatih supaya semua ini harus dipertingkatkan.
"Kita selalu bercakap mengenai jenama semangat juang pemain negara lain seperti Thailand, Indonesia dan China tetapi kita Malaysia tidak punyai jenama semangat juang tersendiri... kita tidak kekurangan bakat tapi kita masih punya budaya penakut," katanya selepas majlis penyerahan surat pelantikan anggota gabungan BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini.
Dalam pada itu, Mohamad Norza tetap memuji pencapaian pemain remaja negara secara keseluruhan yang disifatkan prestasi mereka tidak jauh beza berbanding kuasa besar badminton yang lain.
Katanya, dalam acara individu, Jun Hao, 18, dilihat sebagai permata yang perlu diberikan bimbingan dan pendedahan awal agar bakatnya tidak terhad di peringkat remaja, tetapi terus menyinar apabila beliau bergelar pemain senior.
"Saya telah menghantar pesanan kepada Datuk Misbun (Sidek) mengatakan bahawa Jun Hao perlu diberikan bimbingan dan lebih banyak pendedahan. Dan saya telah katakan, saya mahu lihat Jun Hao berada dalam kelompok 10 teratas dalam masa dua tahun.
"Kita tidak mahu pemain walaupun bertaraf dunia di peringkat junior, tapi akhirnya di peringkat senior mereka terumbang ambing. Kini masanya untuk jurulatih memberi perhatian dan menangani perkara ini untuk jangka panjang dan pendek," katanya.
Skuad badminton remaja negara muncul naib juara acara berpasukan campuran selepas tewas kepada China, 1-3 dalam perlawanan akhir, manakala pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei pula terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada Han Yue dari China 9-21, 10-21.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2017
NORZA: Inilah kita punya kelemahan iaitu semangat juang dan kekuatan mental yang tidak kuat.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.