KUALA LUMPUR:Beberapa jurulatih pasukan Liga Malaysia menyifatkan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membatalkan saingan Piala Malaysia pada musim ini sebagai perkara mengejutkan seluruh warga bola sepak di negara ini.
Ketua jurulatih Kuala Lumpur Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata beliau seakan tidak percaya dengan keputusan berkenaan memandangkan skuad warga kota telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT), pada saingan suku akhir yang dijadualkan berlangsung minggu ini.
"Sejak saya menjadi jurulatih pada 2005, saya rasa ini adalah pengalaman paling pahit apabila Piala Malaysia dibatalkan dan rasanya semua orang pasti kecewa terhadap apa yang terjadi," jelasnya dalam kenyataan dikeluarkan MFL pada Khamis.
"Apa yang saya harapkan hanya satu, musim 2021 kita akan kembali merasai musim bola sepak yang kita rindukan selama ini iaitu semua pertandingan mampu dijalankan selain kehadiran penonton," katanya yang membantu Kuala Lumpur layak ke saingan Liga Super pada musim hadapan, selepas muncul naib juara Liga Premier pada musim ini.
Berkongsi sentimen yang sama, Ketua Jurulatih Perak Mehmet Durakovic yang agak terkejut dengan pembatalan pertandingan bola sepak tertua negara, tetapi menerima keputusan pembatalan itu demi kepentingan kesihatan orang ramai dalam keadaan negara masih menghadapi pandemik COVID-19.
"Piala Malaysia adalah pertandingan paling berprestij di Malaysia dan paling tua di Asia Tenggara dan terdapat banyak sejarah yang boleh diperkatakan mengenai pertandingan ini.
"Saya masih ingat ketika Piala Malaysia dibatalkan pada 1947, dan apabila dibatalkan, ia satu keputusan mengecewakan dan tidak dapat diterima peminat bola sepak," kata jurulatih kelahiran Australia itu.
Piala Malaysia bukanlah asing bagi Durakovic yang memenangi Piala Malaysia tiga kali berturut-turut ketika bermain bersama Selangor dari 1995-1997, selain membawa Perak sebagai naib juara pada 2018.
Mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL yang bersidang hari ini, memutuskan untuk membatalkan baki saingan Piala Malaysia selepas rayuan mereka untuk meneruskan pertandingan berkenaan, ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akur dengan keputusan berkenaan kerana kerajaan tidak membenarkan kejohanan itu diteruskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
MFL pada Selasa lepas mengemukakan rayuan rasmi kepada MKN untuk meneruskan baki saingan Piala Malaysia pada musim ini dengan SOP ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat di tempat yang tidak dikenakan PKPB.
MFL mencadangkan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan dan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang digunakan sebagai gelanggang berkecuali untuk aksi suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.
Aksi suku akhir Piala Malaysia menyaksikan juara bertahan JDT berdepan Kuala Lumpur; Pulau Pinang menentang UiTM FC; Terengganu FC melawan Perak dan Kedah berdepan Selangor.
Pusingan pertama Piala Malaysia berlangsung dari 6 hingga 8 Nov lepas sementara aksi suku akhir dijadual pada 12 dan 13 Nov, separuh akhir (17 Nov) dan final pada 22 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020
MOHD NIDZAM: Apa yang saya harapkan hanya satu, musim 2021 kita akan kembali merasai musim bola sepak yang kita rindukan selama ini. -Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.