awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang menerusi 'knockout' ungguli senarai pemerima bonus di UFC 239

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
07/07/2019
09:50 MYT
Pemenang menerusi 'knockout' ungguli senarai pemerima bonus di UFC 239
Pada kali ini, seramai empat petarung dipilih bagi membawa pulang bonus 'Performance of the Night' bernilai AS$50,000 (RM206,796) setiap seorang. - Foto AP
SETIAP kali berakhirnya acara seni bela diri campuran (MMA) anjuran 'Ultimate Fighting Championship' (UFC), para petarung dan peminat MMA pasti ternanti-nanti senarai nama penerima bonus.
Pada kali ini, seramai empat petarung dipilih bagi membawa pulang bonus 'Performance of the Night' bernilai AS$50,000 (RM206,796) setiap seorang.
Membuat pengumuman melalui akuan Instagram, kesemua petarung yang dipilih kali ini mendapat kemenangan menerusi cara 'knockout'.
Berikut adalah pemenang yang menenangi bonus 'Performance of the Night' di UFC 239:
1. Jorge Masvidal
- Masvidal mencatat kemenangan dalam masa lima saat ke atas Ben Askren, sekali gus mencipta rekod sebagai pemengang rekod 'knockout' terpantas dalam sejarah UFC.
2. Amanda Nunes
- Juara UFC dua divisyen ini mengalahkan Holly Holm pada minit 4:10 pusingan pertama. Nunes kekal sebagai juara UFC wanita bagi divisyen bantamweight dan featherweight.
BACA: Jon Jones, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan di UFC 239
BACA: Bekas juara ONE Championship, Ben Asken tewas dalam 5 saat
3. Yadong Song
- Petarung berusia 21 tahun dari China ini membuat kejutan apabila menewaskan petarung berpengalaman dari Mexico, Alejandro Pérez dalam masa dua minit empat saat pada pusingan pertama.
4. Jan Błachowicz
- Blachowicz berjaya meraih kemenangan melalui tumbukan tepat ke arah muka lawannya, Luke Rockhold pada pusingan kedua. Rockhold juga merupakan bekas juara UFC bagi divisyen middleweight.
View this post on Instagram
Straight to the bank!
Topic Berkaitan
#Amanda Nunes
#Ben Askren
#Jan B achowicz
#Jorge Masvidal
#MMA
#Performance of the Night
#seni bela diri campuran
#UFC
#UFC 239
#Ultimate Fighting Championship
#Yadong Song
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan