Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) diminta membuat siasatan dan 'post morterm' secara menyeluruh punca kemerosotan kutipan pingat emas kontinjen Terengganu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 Sarawak yang berakhir 31 Julai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat berkata Terengganu yang menduduki tempat ketiga selepas Selangor dan Sarawak, hanya berjaya mengutip 47 pingat emas berbanding sasaran 52 pingat emas.
"Banyak acara sukan yang kita sasarkan untuk mendapat pingat emas tetapi tak dapat capai sasaran seperti kemerosotan olahraga hanya mendapat satu pingat emas, begitu juga acara silat yang sebelum ni banyak menyumbang tapi kali ini gagal," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri peringkat
Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di sini hari ini.
Rozi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong berkata dengan adanya 'post- mortem' tersebut pihaknya berharap setiap persatuan sukan akan mengadakan transformasi untuk lonjakan pingat dalam penyertaan Sukma akan datang.
Meskipun gagal mencapai pingat emas yang disasarkan dan tidak berjaya merampas kembali gelaran juara, Rozi berkata pihaknya berbangga apabila ada beberapa acara baharu berjaya menyumbang emas pada temasya berkenaan.
"Kali ini, banyak juga acara sukan yang kita tak 'target' pun dapat capai pingat emas, malah melebihi pingat yang disasarkan seperti acara basikal, memang kita cemerlang," katanya.
Ditanya mengenai insentif yang dijanjikan kerajaan negeri untuk atlet yang memungut pingat emas, Rozi berkata pengagihan akan dibuat seperti dijanjikan dalam masa terdekat.
Pada 11 Julai lalu Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengumum akan memberikan insentif sebanyak RM5,000 bagi pemenang pingat emas, RM4,000 pingat perak dan RM3,000 bagi pingat gangsa kepada atlet yang berjaya mengutip pingat.
Untuk rekod, Terengganu muncul juara keseluruhan sebanyak empat kali berturut-turut dari 2008 hingga 2012.
Bernama
Tue Aug 02 2016
ROZI: Terengganu yang menduduki tempat ketiga selepas Selangor dan Sarawak, hanya berjaya mengutip 47 pingat emas berbanding sasaran 52 pingat emas.- Gambar fail
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Liga pelayaran secara maya yang pertama akan dianjurkan
Liga pelayaran secara maya pertama di Malaysia itu mempunyai enam siri dan akan disertai 170 peserta termasuk dari Indonesia dan Brunei.
Perlu post-mortem punca kutipan pingat emas kontinjen Terengganu merosot - MSNT
Majlis Sukan Negeri Terengganu diminta membuat siasatan dan 'post morterm' secara menyeluruh punca kemerosotan kutipan pingat emas kontinjen Terengganu pada temasya Sukma 2016 Sarawak pada 31 Julai.
Terengganu hantar wakil ke kejohanan sepak takraw UPM
Terengganu akan menghantar pasukan lelaki dan wanita ke Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor, Sabtu ini.
T'ganu mahu perkhidmatan jurulatih renang China
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bercadang mendapatkan khidmat dua jurulatih dari China untuk melatih para perenang dan penerjun negeri, kata Timbalan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.