PRESIDEN kelab gergasi Barcelona, Josep Maria Bartomeu menyatakan hasrat untuk berkunjung ke Johor dalam masa terdekat.

Kenyataan itu dibuat oleh pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

"Bartomeu berhasrat untuk datang ke Johor dalam masa terdekat," jelasnya.

Difahamkan, Presiden Barcelona itu turut memperkenalkan Ketua Perhubungan Institusi SUkan merangkap Pengurus Bandar Sukan Barcelona, Mr. Pere Gratacos untuk membantu JDT dalam asepak kepakaran dan falsafah bola sepak.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat lawatan ke Barcelona bagi membuka pintu diantara gergasi Eropah itu dengan JDT untuk menambah pengetahuan serta berkongsi idea dari aspek pengurusan demi masa depan bola sepak JDT.