awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasmi dan sah! Jose Mourinho jurulatih baharu Manchester United

Agensi
Agensi
27/05/2016
09:11 MYT
Rasmi dan sah! Jose Mourinho jurulatih baharu Manchester United
Mourinho mengisi tempat Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin selepas Manchester United menang Piala FA. - Gambar fail
Kelab gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester United akhirnya mengumumkan secara rasmi pelantikan Jose Mourinho sebagai jurulatih baharu kelab itu menggantikan Louis van Gaal yang dipecat berikutan aksi buruk pasukan ‘Red Devils’ pada musim 2015/2016 yang baru tamat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu pada Jumaat, jurulatih dari Portugal itu dikatakan telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pilihan untuk kekal sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020.
BACA: Jose Mourinho sah pengurus kelab Manchester United
BACA: Jose Mourinho setuju syarat Manchester United
“Adalah satu penghargaan untuk menjadi jurulatih Manchester United,” kata Mourinho dalam satu kenyataan.
“Ia adalah sebuah kelab yang termasyur dan disegani ramai di seluruh dunia. Ada mistik dan sentimental mengenainya yang tiada kelab lain boleh menandinginya,” tambahnya lagi.
Mourinho mengisi tempat Louis van Gaal yang dipecat pada Isnin selepas Manchester United berjaya muncul juara Piala FA.
Rundingan yang bermula pada Selasa itu, telah beberapa kali tertangguh sebelum ini berikutan beberapa isu.
Isnin lalu, Van Gaal, 64, ditamatkan khidmatnya bersama Manchester selepas bersama kelab itu selama dua tahun daripada tiga tahun kontraknya.
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Louis van Gaal
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan