Peluang jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk menewaskan musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki dilihat lebih cerah jika prestasi semasa dijadikan ukuran.
Bekas ketua jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata pemain nombor satu dunia itu perlu berwaspada dengan perang psikologi yang bakal digunakan Lin Dan dalam perlawanan esok.
"Kedua-dua pemain ini mempunyai corak permainan yang lebih kurang sama, tetapi Chong Wei harus berhati-hati dengan pelbagai muslihat yang bakal dilakukan oleh musuh tradisinya itu," kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu kepada Bernama.
Rashid yang pernah membimbing pemain berusia 32 tahun itu mengakui Chong Wei mempunyai kelebihan dari segi serangan dan 'smashing'.
"Beliau perlu variasikan cara permainannya, seperti 'fast-play' dan 'rally', jika tidak Super Dan pasti akan senang membaca langkah serangannya," katanya.
Sementara itu, jaguh beregu negara Datuk Razif Sidek turut sependapat dengan adiknya.
"Jika dilihat rekod pertemuan mereka, ternyata Lin Dan telah memenangi semua kejohanan-kejohanan yang besar ke atas Chong Wei.
"Namun seandainya Chong Wei berjaya mengekalkan rentak, tidak hilang fokus dan mempunyai kenyakinan yang tinggi, itu pasti akan memberi kelebihan kepadanya," katanya.
Beliau berkata seandainya Chong Wei berjaya melepasi Lin Dan, perlawanan akhir dijangka juga sengit kerana Chen Long dilihat tidak ada masalah untuk mengenepikan Viktor Axelsen dari Denmark untuk ke final.
Chong Wei akan menentang Lin Dan dari China pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki manakala Chen Long bakal menentang Viktor.
Bernama
Thu Aug 18 2016
Chong Wei akan menentang Lin Dan dari China pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki manakala Chen Long bakal menentang Viktor. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.