awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak cadang kampung sukan futuristik untuk tingkatkan pencapaian atlet

Bernama
Bernama
21/02/2022
21:45 MYT
Sarawak cadang kampung sukan futuristik untuk tingkatkan pencapaian atlet
Abang Johari berkata kajian bagi perancangan itu sudah dibuat dengan mengambil negara New Zealand sebagai contoh. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang mewujudkan sebuah kampung sukan yang berciri futuristik dalam usahanya untuk meningkatkan lagi pencapaian para atletnya di peringkat antarabangsa.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kampung sukan yang dicadangkan itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden yang canggih untuk melatih para atlet.
"Kajian bagi perancangan itu sudah dibuat dengan mengambil negara New Zealand sebagai contoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah ke sana untuk melihat kualiti kemudahan sukan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di sini.
Dalam perkembangan lain Abang Johari meminta kementerian itu untuk menekankan penglibatan belia dalam ekonomi digital dalam merancang program pembangunan keusahawanannya.
"Kita nak lahirkan usahawan dalam kalangan belia yang kita boleh latih setimpal dengan era baharu iaitu era pendigitalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#kampung sukan
#Abang Johari Tun Openg
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan