awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor dijangka kekal 75 peratus pemain senior

Astro Arena
Astro Arena
23/10/2020
23:16 MYT
Selangor dijangka kekal 75 peratus pemain senior
MAHFIZUL RUSYDIN: Saya rasa persaingan antara pemain agak sengit jadi saya harap mereka dapat berlatih dengan baik. - Foto Astro ARENA
GUNDAH-gulana dibuatnya penyokong Selangor selepas timbul perkhabaran sebilangan besar tonggak import bakal mengucapkan selamat tinggal selepas tamat Piala Malaysia.
Perkembangan terbaru dari kem Gergasi Merah difahamkan 75 peratus daripada pemain yang berada dalam skuad senior musim ini akan dikekalkan bagi kempen 2021.
Setakat ini, juara 33 kali itu sudah membuat keputusan untuk tidak menyambung khidmat lima pemain dan tiga daripada mereka berstatus senior termasuk pertahanan Nicholas Swirad.
Difahamkan, kontrak empat import yang ditunjangi penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun, akan tamat pasca Piala Malaysia.
Tetapi pemain seperti Syahmi Safari dan Brendan Gan sah beraksi untuk sekurang-kurangnya semusim lagi.
Begitupun, keputusan untuk perincian skuad Selangor pada 2021 memerlukan pandangan daripada ketua jurulatih baru yang bakal dilantik kelak.
"Sebahagian besar pemain yang ada sekarang masih mempunyai kontrak dengan Selangor.
"Yang lain-lain kami akan muktamadkan dalam masa terdekat berpandukan kepada jurulatih kelak," kata pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, pada Jumaat.
Sumber Facebook selangorfc
Terkini, skuad senior memiliki hampir 30 pemain termasuk bakat muda dari Selangor II yang sedang menjalani persiapan Piala Malaysia di Negeri Sembilan.
"Pemain yang ada cukup kami untuk hadapi (kempen). Perlawanan pun (berlangsung dalam format) kalah mati.
"Saya rasa persaingan antara pemain agak sengit jadi saya harap mereka dapat berlatih dengan baik untuk tersenarai dalam skuad 20 pemain bagi perlawanan pertama kelak."
Topic Berkaitan
#pemain
#senior
#pemain import
#Piala Malaysia
#bola sepak
#Selangor
#kontrak
#sambung khidmat
#Mahfizul Rusydin Abdul Rashid
#pengurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan