awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor mara ke final Piala FA 2018

Bernama
Bernama
30/06/2018
23:27 MYT
Selangor mara ke final Piala FA 2018
Pemain PKNS FC, Mohd Safee Mohd Sali (kiri) mengasak pemain Selangor, Saiful Ridzuwan Selamat (kanan) pada perlawanan Piala FA Malaysia 2018 separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi. --fotoBERNAMA
Juara lima kali, Selangor mengesahkan tempat di final Piala FA 2018 dengan kemenangan agregat 5-1 selepas mencatat keputusan seri 1-1 berdepan PKNS FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Beraksi di laman sendiri, PKNS FC di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal tampak lebih garang sebaik perlawanan bermula dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan Selangor dalam usaha memburu gol awal bagi mengurangkan defisit jaringan agregat.
Bagaimanapun, Selangor yang selesa selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 pada aksi pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu lalu, tenang menyerap tekanan dengan sesekali berjaya mencipta gerakan mencemaskan gawang gol skuad tuan rumah.
Kapten Selangor, Mohd Amri Yahya berpeluang meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-24, namun sepakan percumanya berjaya ditepis penjaga gol Tauffiq Ar Rashid Johar.
Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga waktu rehat.
Bersambung babak kedua, PKNS FC yang terdesak mencari gol pembukaan terus menggandakan asakan, namun masih gagal menembusi benteng pertahanan Selangor yang diketuai penjaga gol Mohd Khairulazhan Khalid.
Jaringan pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-71 menerusi penyerang import Selangor, Rufina Segovia yang memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah, Daniel Sang Ting di kawasan berbahaya untuk meletakkan Selangor di hadapan 1-0.
Seakan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 kekal memihak Selangor, PKNS FC akhirnya berjaya mencetak gol tunggal pada aksi separuh akhir menerusi pemain gantian, Mohd Alif Haikal Mohd Sabri pada masa kecederaan.
Keputusan 1-1 menyaksikan Selangor mara ke pentas final saingan itu buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun sejak kali terakhir mara dan muncul juara pada 2009.
Menanti Selangor di final adalah antara finalis edisi lepas, Pahang dan PKNP FC yang bakal membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Perak, Ipoh, malam ini di mana kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi keputusan agregat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#final
#k rajagobal
#Mohd Amri Yahya
#Piala FA
#PKNS FC
#Selangor
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan