MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan penghargaan buat Ultras Malaya menerusi satu bebenang (thread) di Twitter pada Ahad.

Katanya, Ultras Malaya sangat cekap dalam mengendalikan pergerakan penyokong di stadium lawan.

"Dalam perjalanan ke stadium, mereka lah yang bakar semangat dan merekalah juga yang tolong jaga safety (keselamatan) semua fans (penyokong) di sini," katanya di Twitter.

"Barisan kuat, warga Vietnam pun hormat."


Dalam video pendek itu, Syed Saddiq turut menyanyikan lagu sorakan Ultras Malaya berjudul 'Ekor Harimau Sejati'.

Terdahulu Syed Saddiq memuat naik fotonya yang mengenakan mafla pada bahagian muka di Instagram.



Dalam muat naik itu, Syed Saddiq turut memuji sistem tiket yang diamalkan Vietnam.

Ahli Parlimen Muar itu juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Vietnam dan yakin Malaysia akan kembali lebih kuat!

Harimau Malaya gagal menyerlahkan ngauman sebenarnya apabila terpaksa akur dengan keunggulan Naga Emas yang gah sebagai Raja Asia Tenggara yang baharu.

Malaysia tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam dalam perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, sekali gus terlepas peluang untuk membawa pulang gelaran untuk seluruh penyokong negara.