awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Manchester is Red: United kembali menyala di Old Trafford
Bapa lemas selepas selamatkan anak di Sungai Lebir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Nasional ditutup mulai Rabu

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2022
09:18 MYT
Stadium Nasional ditutup mulai Rabu
Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah tersebut bagi membolehkan kerja baik pulih dimulakan.
"KBS memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.
"Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas," katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Kementerian Belia dan Sukan
#isu kualiti padang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan