KUALA LUMPUR: Sekiranya Malaysia menerima tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026, ia disaran diadakan di negeri-negeri yang memiliki fasiliti sedia ada dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.
Senator Datuk Hisamudin Yahaya berkata cadangan itu sekali gus dapat memanfaatkan fasiliti sedia ada tanpa perlu mengeluarkan peruntukan besar untuk membina stadium dan pusat sukan yang baharu.
Beliau berkata kerajaan juga disaran mengehadkan acara sukan yang dipertanding pada Sukan Komanwel 2026 itu dan tidak menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan sukan tersebut.
"Kalau tolak peluang yang ada ini, negara kita akan kerugian tetapi pada saya, kita boleh terima dengan syarat acara kita hadkan.
"Jadi untuk menyelamatkan Sukan Komanwel ini, kita kena ada semangat kerana kita antara negara Komanwel dan saya amat yakin jikalau mungkin daripada 21 acara, mungkin 18 acara dianjurkan bagi memastikan Sukan Komanwel ini berjalan di Malaysia menggunakan fasiliti yang ada," katanya ketika mencelah kenyataan Senator A. Kesavadas pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.
Terdahulu, Kesavadas mencadangkan supaya kerajaan menolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026 kerana keadaan ekonomi negara yang masih tidak mengizinkan ketika ini.
Beliau berkata penganjur Sukan Komanwel Birmingham 2022 di United Kingdom masih menanggung kerugian sebanyak RM4.6 bilion serta berharap Kementerian Belia dan Sukan mengambil iktibar dan menolak tawaran itu.
Media tempatan hari ini melaporkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan kementerian itu mempertimbang cadangan untuk menjadi tuan rumah bersama Singapura bagi Sukan Komanwel 2026.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ialah pada 1998 dan Malaysia mendapat peluang untuk menganjurkan sukan berprestij itu pada 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri.
CGF menawarkan Malaysia untuk menganjurkan sukan itu menggantikan Victoria dengan suntikan dana sebanyak 100 juta pound (RM602 juta).
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ialah pada 1998 dan Malaysia mendapat peluang untuk menganjurkan sukan berprestij itu pada 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri. - Gambar fail
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.