awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul calon pilihan teraju BAM

Bernama
Bernama
25/03/2025
06:25 MYT
Tengku Zafrul calon pilihan teraju BAM
Tengku Zafrul sudah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat dan telah bersetuju dengan pencalonan tersebut.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam proses peralihan kepimpinan apabila majoriti ahli lembaganya mencapai kesepakatan mencalonkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai presiden bagi penggal 2025-2029.
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata kepimpinan yang kukuh dan stabil penting demi memajukan persatuan berkenaan.
"Mengambil kira apa yang terbaik untuk BAM, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa majoriti ahli majlis BAM telah mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul bagi jawatan Presiden dalam pemilihan BAM akan datang," katanya semasa sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Subramaniam berkata Tengku Zafrul sudah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat dan telah bersetuju dengan pencalonan tersebut.
"Saya telah berkhidmat dalam arena badminton sejak 1988. Saya bukan orang baharu dalam bidang inikan? Saya mahu melihat BAM berkembang, bukan individu. Jadi, apabila melihat gambaran lebih besar, kami melihatnya dengan sangat teliti."
"Hanya orang tepat seharusnya memimpin BAM. Kami ada di sini dan akan terus memberi bantuan. Jadi, ini bukan soal kepentingan individu. Oleh itu, bagi tujuan tersebut, saya rasa Tengku Zafrul adalah calon yang sesuai untuk menjadi Presiden dalam pemilihan akan datang," katanya.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#BAM
#presiden
#V Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan