awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Saringan lebih ketat susulan kes dalam kalangan atlet

Astro Arena
Astro Arena
16/07/2021
23:08 MYT
Tokyo 2020: Saringan lebih ketat susulan kes dalam kalangan atlet
Perkampungan sukan berjalan seperti biasa, tetap meriah dengan suasana Sukan Olimpik, di mana setiap bangunan dihiasi bendera dan panji masing-masing. - Foto Astro ARENA
KUMPULAN kedua atlet ke Sukan Olimpik Tokyo yang merangkumi bilangan paling ramai kontinjen negara bakal bertolak ke Jepun hari ini (Sabtu) dengan diselubungi lapan kes positif COVID-19 yang melibatkan atlet di perkampungan temasya itu.
Sekretariat kontinjen Malaysia di Jepun, Norhashimi Hussain, menerangkan beberapa langkah yang akan dipraktikkan dalam usaha menangani situasi pandemik itu daripada menjejaskan penganjuran kejohanan sukan terbesar dunia berkenaan yang secara rasminya membuka tirai 23 Julai-8 Ogos ini.
"Ketibaan atlet di lapangan terbang (di Tokyo) akan disaring dengan lebih teliti terutama daripada segi ujian calitan.
"Malah, semalam (penganjur) Tokyo 2020 telah mengeluarkan polisi baru mengenai kontak rapat yang akan diasingkan namun dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, tapi dalam keadaan terkawal.
"Perkampungan sukan (berjalan) seperti biasa, tetap meriah. Suasana Sukan Olimpik masih ada. Setiap bangunan dihiasi bendera dan panji masing-masing.
"Bendera Malaysia sudah dinaikkan cuma bangunannya masih lagi dihiaskan.
"Kami akan menunggu kehadiran kontinjen pertama negara esok," katanya dalam laporan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, malam tadi.
The Tokyo Games will remove more carbon from the atmosphere than they emit and demonstrate the shift towards a circular economy and a hydrogen-based society.#StrongerTogether pic.twitter.com/Gfpvq5zHsv
— Olympics (@Olympics) July 14, 2021
Topic Berkaitan
#kes positif
#COVID-19
#Tokyo
#Olimpik
#Jepun
#pandemik
#kontak rapat
#kontinjen
#atlet
#Norhashimi Hussain
#lapangan terbang
#ujian saringan
#ujian calitan
#polisi baru
#bendera
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan