awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Messi, Ronaldo bertemu di peringkat kumpulan

Astro Arena
Astro Arena
02/10/2020
01:17 MYT
UCL: Messi, Ronaldo bertemu di peringkat kumpulan
Messi (kiri) dan Ronaldo pernah bertemu sebanyak lima kali dalam UCL, di mana dua daripadanya dimenangi Messi, dua lagi berakhir seri, satu dimenangi Ronaldo.
LIONEL Messi dan Cristiano Ronaldo akan beradu kehebatan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020-21 selepas Barcelona dan Juventus diundi dalam kumpulan yang sama.
Pasukan gergasi LaLiga, Barca, dan juara Serie A, Juve, diundi bersama Dynamo Kiev dan Ferencvaros dalam Kumpulan G menerusi satu majlis undian awal pagi tadi.
Messi dan Ronaldo pernah bertemu sebanyak lima kali dalam UCL, di mana dua daripadanya dimenangi Messi manakala dua lagi berakhir seri. Ketika Ronaldo turut meraih satu kemenangan, dia gagal menjaringkan sebarang gol dalam pertemuan terakhir mereka.
Bayern Munich, yang menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 untuk dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali keenam di Lisbon Ogos lalu, akan menghadapi saingan Atletico Madrid dalam Kumpulan A.
PSG pula diundi bersama Manchester United, RB Leipzig dan Istanbul Basaksehir dalam kelompok yang dilihat paling sukar, iaitu Kumpulan H.
Sementara itu, Liverpool -- yang merupakan juara edisi 2019 -- akan mencongak perhitungan dengan Ajax, Atalanta dan Midtjylland dalam Kumpulan D.
1 - Paris have won only one of their 6 games against English sides in the group stage of the Champions League (D3 L2), against Liverpool on 28 November 2018. Ole. pic.twitter.com/hR0r9Ukc0M
— OptaJean (@OptaJean) October 1, 2020
Real Madrid diletakkan di dalam Kumpulan B bersama Shakhtar Donetsk, Inter Milan dan Borussia Monchengladbach manakala juara Liga Europa, Sevilla, berada sekumpulan bersama Chelsea, Krasnodar dan Rennes dalam Kumpulan E.
Kumpulan C pula dibarisi oleh skuad kendalian Pep Guardiola, Manchester City, selain Porto, Olympiacos dan Marseille sementara Zenit, Borussia Dortmund, Lazio dan Club Brugge berada dalam Kumpulan F.
Final edisi kali ini akan berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada 29 Mei 2021.
1 - Chelsea have won just one of their last 10 European games against Spanish opposition (D5 L4), a 2-1 victory away against Atletico Madrid in September 2017. Blues. pic.twitter.com/eeJQXc3lTv
— OptaJoe (@OptaJoe) October 1, 2020
Undian peringkat kumpulan UCL: Kumpulan A: Bayern Munich, Atletico Madrid, Salzburg, Lokomotiv Moscow Kumpulan B: Real Madrid, Shakhtar Donetsk, Inter Milan, Borussia Monchengladbach Kumpulan C: Porto, Manchester City, Olympiacos, Marseille Kumpulan D: Liverpool, Ajax, Atalanta, Midtjylland Kumpulan E: Sevilla, Chelsea, Krasnodar, Rennes Kumpulan F: Zenit, Borussia Dortmund, Lazio, Club Brugge Kumpulan G: Juventus, Barcelona, Dynamo Kiev, Ferencvaros Kumpulan H: Paris Saint-Germain, Manchester United, RB Leipzig, Istanbul Basaksehir
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Cristiano Ronaldo
#Liga Juara-Juara Eropah
#UCL
#barcelona
#Juventus
#undi
#kumpulan
#LaLiga
#Serie A
#Dynamo Kiev
#Ferencvaros
#Bayern Munich
#PSG
#Manchester United
#Chelsea
#Liverpool
#Real Madrid
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan