SELARAS dengan status sebagai organisasi terbesar dunia yang mempromosikan sukan seni bela diri campuran (MMA), UFC memulakan tahun 2021 dengan begitu baik.
Dalam masa hanya seminggu, organisasi yang berpengkalan di Las Vegas, Nevada itu telah berjaya mempromosikan tiga acara mereka di lokasi yang mereka gelar 'UFC Fight Island' yang bertempat di Yas Island, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ini termasuk acara yang berlangsung pada Ahad lalu iaitu UFC 257 di mana ia menyaksikan kembalinya jaguh sensasi MMA dari Ireland, 'The Notorious' Conor McGregor ke gelanggang Octagon selepas setahun tidak beraksi.
McGregor yang juga bekas juara dunia kelas featherweight dan lightweight, dicabar petarung dari Amerima Syarikat iaitu Dustin 'The Diamond' Poirier. Poirier pula merupakan bekas juara interim kelas lightweight.
Poirier yang memasuki gelanggang sebagai petarung 'underdog' berjaya menutup mulut pengkritik apabila menewaskan McGregor menerusi TKO pada pusingan kedua.
Para peminat melihat keputusan ini sebagai satu kerugian besar buat UFC kerana McGregor merupakan bintang utama mereka yang sememangnya boleh membawa masuk keuntungan buat syarikat itu.
Namun, semalam merupakan hari kemenangan yang besar buat Poirier yang telah bertarung untuk UFC sejak 10 tahun lepas.
BACA: UFC 257: Dustin Poirier 'musnahkan' McGregor di pusingan kedua
Persoalan menarik sekarang ialah, siapa yang bakal mencabar Poirier dan McGregor selepas ini?
Persaingan kelas lightweight di UFC sememangnya sangat hebat dengan kehadiran nama-nama besar. Antara petarung kelas dunia yang bertarung dalam divisyen ini adalah seperti Justin Gaethje, Charles Oliveira, Tony Ferguson dan Rafael Dos Anjos.
Tambah unik, Khabib Nurmagomedov sebagai juara kelas tersebut telah mengumumkan persaraan selepas mempertahankan kejuraannya dengan menewaskan Justin Gaethje, pada Oktober tahun lepas.
BACA: UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan
BACA: "Saya kini 'free agent', sedia untuk terima tawaran" - Khabib mahu ceburi bola sepak pula?
Presiden UFC, Dana White sebelum ini telah menyatakan bahawa pemenang bagi pertarungan antara Poirier dan McGregor, bakal bertarung bagi merebut gelaran juara dunia kelas lightweight.
Jadi, jelas sekali Poirier sekali lagi bakal bertarung bagi merangkul gelaran juara dunia UFC, satu kedudukan yang menjadi idaman setiap petarung UFC.
Dalam sidang media UFC 257, White ada memberi gambaran bahawa pertarungan kejuraaan bagi kelas lightweight adalah antara Poirier dan Michael Chandler yang juga berasal dari Amerika Syarikat.
Chandler adalah petarung kelas lightweight terbaru yang menandatangani kontrak bersama UFC pada September 2020.
Namun dalam sidang media yang sama, Poirier dengan jelas menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap idea tersebut.
Poirier berpendapat, Chandler perlu menang sekurang-kurangnya satu lagi pertarungan dalam Octagon UFC sebelum layak untuk mencabar kejuaraan UFC.
Sebagai rekod, Chandler merupakan bekas juara kelas lightweight di Bellator MMA, sebuah organisasi MMA kedua terbesar dunia. Sepanjang kariernya di sana, Chandler pernah merangkul gelaran juara dunia sebanyak tiga kali.
Terbaru, Chandler menang bergaya dalam pertarungan pertamanya di UFC. Dia berjaya menewaskan Dan Hooker dari New Zealand dalam aksi acara kedua utama di UFC 257 menerusi TKO pada pusingan pertama.
Hooker merupakan petarung yang menduduki ranking keenam dalam kelas lightweight. Dengan kemenangan tersebut, Chandler sudah pasti bakal menempatkan dirinya di dalam ranking kedudukan 10 terbaik ataupun lima terbaik.
Berbalik kepada Poirier, jelas sekali Poirier sememangnya layak mencuba nasib sekali lagi untuk bertarung merebut kejuraaan dunia.
Maka adalah lebih layak pertarungan tersebut berlangsung antara Poirier dan Oliveira.
Oliveria yang berasal dari Brazil, merupakan petarung yang menduduki ranking kedua dan telah menang lapan pertarungan berturut-turut. Kemenangan terbarunya adalah ke atas Tony Ferguson pada Disember lalu.
Dari segi jangka masanya pula, ia adalah sangat baik kerana kedua-dua Poirier dan Oliveria mempunyai masa yang cukup untuk berehat, kembali kepada keadaan asal dan sihat serta mempunyai masa untuk menjalani kem pertarungan masing-masing sebelum kembali bertarung.
Bagi McGregor pula, kekalahan terbaru ini sememangnya satu tamparan hebat buat dirinya sebagai atlet sukan tempur.
Ia merupakan kekalahan kelima dalam karier MMA-nya dan kekalahan pertama menerusi TKO mahupun KO.
Walau bagaimanapun, 'sahamnya' sebagai petarung paling popular dalam sukan MMA masih belum jatuh.
Jumlah tontonan temu ramahnya di laman YouTube masih mendapat sambutan yang sangat tinggi hingga melepasi jumlah tontonan yang diperolehi oleh White dan Poirier sendiri.
Jadi, langkah seterusnya yang bakal diambil McGregor dan UFC amatlah penting. McGregor perlu menang dalam perlawanan seterusnya bagi memastikan dirinya masih relevan dan sebaris dengan petarung elit yang lain.
Justeru, adalah wajar jika McGregor mencabar dirinya dengan bertarung buat kali ketiga dengan seteru lamanya, Nate Diaz.
McGregor dan Diaz pernah bertarung sebanyak dua kali sebelum ini dan mereka masing-masing berjaya mencatatkan satu kemenangan antara satu sama lain.
Kedua-dua pertarungan tersebut berlangsung dalam kelas welterweight. Tetapi bagi pertarungan ketiga ini, lebih wajar mereka bertarung dalam kelas lightweight.
Perkara ini dianggap perlu kerana McGregor sudah menyatakan hasratnya untuk bergelar juara kelas lightweight buat kali kedua.
Pada awal Januari lalu, White juga ada membuat kenyataan di mana Diaz bakal membuat kemunculan semula dalam kelas lightweight.
Jadi dalam situasi ini, idea pertarungan McGregor Diaz 3 nampak lebih relevan dilakukan dalam kelas berat 70.3 kg tersebut.
Bagi peminat tegar UFC, pertarungan ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana mereka berdua mempunyai sejarah pertarungan yang sengit dan secara terang-terangan tidak suka antara satu sama lain.
Hilmi Ismail
Mon Jan 25 2021

Bagi McGregor, kekalahan terbaru ini sememangnya satu tamparan hebat buat dirinya sebagai atlet sukan tempur. - Foto Instagram/@UFC

Vaksin COVID-19 | Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan yang akan menyertai kejohanan utama di luar negara.

Vaksin COVID-19 | Reezal Merican ketuai KBS terima suntikan
Reezal Merican menerima suntikan vaksin berkenaan pada pukul 10.29 pagi.

AWANI Ringkas: Kakitangan kesihatan tambahan dihantar ke Sarawak | Geng Datin edar ketum tumpas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Vaksin COVID-19 | 409,784 telah lengkapkan dua dos suntikan
Seramai 409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat Isnin.

COVID-19 | KKM akan hantar kakitangan tambahan ke Sarawak
Bagi menampung keperluan menangani penularan pandemik COVID-19 di Sarawak sekitar tiga hingga lima ratus kakitangan dihantar ke lokasi memerlukan. Menteri Kesihaatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keputusan diambil setelah menilai semua pandangan Pegawai Kesihatan Daerah berhubung isu kekurangan kakitangan di negeri itu.

PICK Fasa 2 | Petugas media di kawasan berisiko diberi vaksin
Dr Adham turut mengesahkan pihak media yang bertugas di lapangan dan berhadapan risiko penularan COVID-19 akan diberikan vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK. Fasa kedua PICK bermula April melibatkan pemberian vaksin kepada golongan rentan dan individu mempunyai komorbiditi.
![[TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara [TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899590/15146776701618301952341_640x360.jpg)
[TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Jaya pada Selasa. Bagaimanapun tempoh penutupan operasi sekolah terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

COVID-19 | Jangan leka semasa musim perayaan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan untuk tidak leka semasa musim sambutan perayaan yang bakal menjelang susulan pandemik COVID-19 yang belum berakhir. Menurut wakil WHO di Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, penting untuk mengetahui kaedah menyambut perayaan keagamaan dalam norma baharu bagi melindungi diri dan orang lain.

JAWI pantau individu Islam tidak hormati bulan Ramadan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan tetap menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di tempat awam.

SRC International: Pasukan pembelaan Najib selesai hujah enam hari
Ini merupakan cubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu.

UFC 260: Menang KO, Francis Ngannou rampas kejuaraan heavyweight Stipe Miocic
Francis Ngannou berjaya meraih kejuaraan heavyweight UFC selepas menewaskan Stipe Miocic dalam aksi UFC 260 di Las Vegas, pada Ahad.

'Khabib sudah 100% bersara... terima kasih untuk segalanya, sahabatku' - Dana White
Presiden UFC Dana White mengesahkan bahawa juara lightweight Khabib Nurmagomedov sudah bersara sepenuhnya dari sukan MMA.

'Matchmaking' pertarungan, apa seterusnya selepas UFC 259?
Setiap kali berakhirnya acara UFC, pasti topik perbualan dan perdebatan di kalangan penganalisis, pengkritik mahupun peminat MMA akan tertumpu kepada apakah langkah seterusnya?

'The Aligator' tidak sabar turun semula ke gelanggang
Beliau kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas mengikuti kem latihan di Akademi Seni Bela Diri Campuran (MMA) Jackson Wink di Albuquerque, New Mexico.

UFC 259: Blachowicz pertahan kejuaraan, Adesanya gagal percubaan jadi 'champ champ'
Juara middleweight UFC Israel Adesanya gagal dalam percubaannya untuk menjadi juara dua divisyen selepas tewas di tangan Jan Blachowicz, dalam aksi UFC 259 pada Ahad.

UFC 259: Tewaskan Megan Anderson, Amanda Nunes kekalkan kejuaraan featherweight
Amanda Nunes berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang disandangnya selepas menewaskan Megan Anderson dalam aksi UFC 259, di Las Vegas, pada Ahad.

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.

Empat juara dunia dalam tiga kelas berat berbeza, UFC 259 acara paling gah setakat ini
Ahad ini bakal menyaksikan satu lagi acara 'pay-per-view' (PPV) anjuran UFC, sebuah organisasi sukan seni bela diri campuran (MMA) terbesar dunia.

Kepincangan kelas welterweight UFC berterusan, kini Wonderboy pula mahu cabar Usman
Selain kelas ringan di UFC, kelas welter juga dipenuhi oleh petarung seni bela diri campuran (MMA) bertaraf dunia serta berstatus bintang.

UFC: Kamaru Usman cipta sejarah pertahan gelaran welterweight
Kamaru Usman menumbangkan Gilbert Burns untuk mempertahankan kejuaraan welterweight championship di UFC 258.