KUALA LUMPUR: Kelibat jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pada kejohanan badminton Indonesia Masters masih menjadi tanda tanya berikutan kecederaan belakang badan dialami pada perlawanan akhir Terbuka Hylo 2021 di Jerman, awal pagi tadi.
Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan berkata pasukan masih memantau keadaan semasa juara All England 2021 itu dan keputusan sama ada beliau mengambil bahagian atau tidak akan ditentukan selepas menilai tahap kecergasan pemain itu hingga saat akhir.
"Zii Jia sudah mencuba sebaik mungkin, tiada perbincangan tentang taktik dan strategi kerana Zii Jia juga penat secara mental. Ia adalah satu pengalaman baharu baginya, bagaimana dia boleh meneruskan dan menguruskan kepenatan.
"Mengenai kecederaan belakangnya, dia ada beberapa hari untuk berehat. Kami akan mengambil keputusan pada saat akhir dan jika dia belum pulih sepenuhnya, mungkin dia tidak menyertai kejohanan pertama, Indonesia Masters," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Sakit belakang sebabkan Zii Jia terpaksa lupakan gelaran juara Terbuka Hylo 2021
Zii Jia yang juga pilihan kedua Terbuka Hylo terpaksa menarik diri akibat kecederaan dialami pada set penentuan sekali gus menyaksikan pemain bukan pilihan dari Singapura Loh Kean Yew menjuarai kejohanan berlangsung di arena Saarlandhalle di Saarbrucken.
Indonesia Masters pada 16-21 Nov adalah kejohanan pertama daripada keseluruhan tiga kejohanan secara berturut-turut di Indonesia dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Indonesia Masters akan diikuti dengan Terbuka Indonesia pada 23-28 Nov dan Jelajah Dunia Akhir dari 1-5 Dis. Ketiga-tiga kejohanan di Indonesia itu dijadual diadakan di Bali.
Selepas tiga siri kejohanan itu, tumpuan peminat badminton dunia terarah kepada Kejohanan Dunia 2021 berlangsung di Huelva, Sepanyol dari 12-19 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Zii Jia yang juga pilihan kedua Terbuka Hylo terpaksa menarik diri akibat kecederaan dialami pada set penentuan awal pagi tadi. - Gambar fail/ Facebook @BAMalaysia
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.