TIDAK kisah sama ada ia berbentuk pendapat atau perbandingan produk, Rufus akan cuba menyediakan jawapan terbaik.

Sistem janaan AI generatif ini akan memberikan maklumat dikehendaki berdasarkan sumber relevan di laman web Amazon, seperti kemas kini ulasan dan soal jawab komuniti.

Ini secara tidak langsung amat membantu dalam menyenangkan lagi pelanggan menemukan produk terbaik sesuai dengan keperluan.

Buat masa ini, Rufus masih di peringkat ujian beta dalam kelompok pengguna kecil di AS, sebelum dilancarkan lebih meluas pada minggu akan datang. -Amanz