JIKA anda mahukan satu aplikasi yang memudahkan anda mengetahui apa sahaja perkembangan terkini negara, mungkin ini jawapannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar khusus untuk tujuan itu.

Hal itu dimaklumkan beliau melalui akaun laman sosialnya.


Kata Datuk Seri Najib, aplikasi itu bukan sahaja akan menjadi satu bentuk medium informasi, tetapi juga akan mendekatkan lagi kerajaan dengan rakyat.

Bukan itu sahaja, mereka yang memuat turun aplikasi ini berpeluang menyaksikan siaran langsung eksklusif aktiviti-aktiviti yang membabitkan perdana menteri.

Aplikasi itu kini sudah boleh dimuat turun di Google App Store dan Apple Store.