PADA awal kemenangannya, ramai yang sangsi akan kebolehan Miss Universe Malaysia, Jane Teoh, untuk menggalas nama Malaysia di pentas Miss Universe 2018.
Komen di media sosial di waktu itu turut menyaksikan kesangsian ramai peminat ratu cantik dari Malaysia tentang kemampuannya.
Rata-rata dalam kalangan netizen menyifatkan Jane terlalu mentah untuk mewakili negara, kurang pengalaman dan banyak lagi komen yang tidak begitu positif.
Namun gadis kelahiran Pulau Pinang itu berjaya buktikan segala tanggapan terhadapnya sebelum ini salah!
Jane Teoh pada Khamis malam bersama 93 peserta lain dari seluruh dunia beraksi dalam dua kategori menerusi acara preliminary competition.
Menerusi pengamatan ramai terutama di media sosial, Jane tampil lebih menyerlah berbanding beberapa peserta favourite yang dicanang-canang sebelum ini.
Mengejutkan apabila beberapa wajah kegemaran ramai seperti Australia, Jepun, Amerika Syarikat dan Columbia tampil agak 'biasa' dan sekadar beraksi ibarat melepaskan batok di tangga.
Saat Jane tampil di pusingan kedua dengan menggayakan gaun malam berwarna kuning, aura kehebatannya dapat dirasakan dan sememangnya miliki kualiti untuk menjadi salah seorang finalis.
Bukan masuk bakul angkat sendiri, tetapi sebagai seorang pemerhati rapat, Jane sangat konsisten dengan riak muka yang elegan serta catwalk yang on point.
Beberapa peserta lain yang turut tampil aksi hebat seperti India, Filipina, Mexico, Puerto Rico, Curacao, Afrika Selatan, Vietnam dan Kazakhstan.
Persembahan Jane pada Khamis malam itu jika diperhatikan hampir sama dengan kualiti yang dipersembahkan pemenang tempat kedua Miss Universe 2017, Laura Gonzalez dari Columbia.
Justeru, sebagai pemerhati rapat, penulis berharap agar Jane mampu mengekalkan kualiti di atas par seperti apa yang dipersembahkan pada acara preliminary competition.
Syafik Shukri Jalil
Thu Dec 13 2018
Aksi Jane Teoh ketika ketika memperkenalkan dirinya di acara Preliminary pada Khamis. Sumber: Instagram / malaysianpageantfans
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.