KAPIT: Kunjungan ke Kapit, Sarawak pasti tidak lengkap tanpa menikmati kepelbagaian juadah enak di Famous Bakery yang sudah lebih sedekad beroperasi.
Terletak berhampiran Kapit Town Square, restoran yang menyediakan pelbagai jenis roti, kek dan sajian tradisional Sarawak ini merupakan pusat persinggahan setempat masyarakat di sini.
Menurut pemiliknya, Lee Siong Mee, idea penubuhan restoran ini tercetus pada 2008 dengan bantuan dari adiknya.
“Apabila saya tiba di Kapit, saya merasakan dengan pembukaan restoran gabungan dua citarasa ini pasti akan mampu menarik pelanggan.
“Sebab itu saya dan adik memilih menghidangkan menu yang sederhana pada masa sama menghimpunkan kepelbagaian citarasa tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Tambahnya, sejak pembukaannya 13 tahun lepas, restorannya tidak pernah sunyi dengan kunjungan penduduk tempatan mahupun masyarakat luar yang berkunjung ke Kapit.
Malah dengan lokasinya yang strategik dan hanya menyediakan menu dari bahan halal, ia sering menjadi pilihan penduduk tempatan tanpa mengira agama dan bangsa.
“Restoran ini memang sering menjadi pilihan penduduk di sini, malah pengunjung luar yang datang ke Kapit juga akan bersarapan dan minum petang di sini.
Bukan sekadar memastikan sumber bahan yang dipercayai dan mengambil para pekerja Muslim untuk mengendalikan tugas di dapur, ada beberapa lagi faktor yang diberi tumpuan oleh pengusahanya.
“Kualiti makanan, kebersihan dan keenakan rasa sesuatu hidang sangat dititikberatkan bagi menjamin kepuasan pelanggan,” tambahnya.
Tambah Lee, dengan perniagaan yang semakin diterima baik juga, restorannya terus komited menghasilkan pelbagai jenis roti bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.
Menerusi perkongsian Arshad Morshidi yang merupakan pelanggan tetap Famous Bakery, selain menunya yang pelbagai, sifat peramah yang dipamerkan Lee juga antara faktor yang menyebabkan mereka terus memilih untuk makan di situ.
“Pemilik restoran ini memang peramah dan tahu cara melayan pelanggan dengan baik.
“Dia sentiasa tersenyum menyambut kedatangan pelanggan dan sikap seperti ini membuatkan kami seronok untuk duduk makan di sini,” katanya.
Bagi Shaini Satim pula, kebersihan merupakan faktor utama yang menyebabkannya terus memilih untuk menikmati di sana selain harga yang sangat berpatutan.
“Kebersihan di sini memang dijaga dengan baik dan kita berasa selasa makan dan minum di restoran ini.
“Kalau bercakap tentang harga pula, memang berbaloi dengan pilihan yang banyak sebegini, jadi memang tidak rugi,” ujarnya.
Sementara bagi gadis berbangsa Iban, Nur Amelia Jubong ketika disapa berkata, makanan yang sedap dan halal membuatkan dia dan suami sering ke sini.
“Kalau makanan yang sedap mungkin senang dicari tetapi makanan yang sedap dan halal susah nak cari.
“Sebab itu saya sering ke sini kerana makanannya sedap, halal dan paling penting harganya sangat berpatutan,” tambahnya.
Famous Bakery menyediakan pelbagai perisa kek dan roti yang diproses khas oleh perkerja tempatan.
Antara lain, restoran ini turut menghidangkan juadah istimewa negeri Bumi Kenyalang seperti laksa Sarawak dan mi Kampua.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Syafik Shukri Jalil
Sat Nov 13 2021
Famous Bakery menyediakan pelbagai perisa kek dan roti yang diproses khas oleh perkerja tempatan. - Foto Astro AWANI
Zainal Abidin sifatkan Faisal Halim individu kental
Lagenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim sebagai individu yang berjiwa kental dan tidak mengenal erti putus asa.
'Faisal Halim bersemangat nak bangun, tak sabar kembali berlatih' - Shahril
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas pembedahan kedua yang dijalaninya pada Selasa malam.
Konflik Timur Tengah: China-Perancis kecam serangan di Rafah
Kedua-dua negara dalam kenyataan bersama sekali lagi menegaskan keperluan mutlak untuk melindungi orang awam di Gaza berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mengutamakan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat, melabur dalam asas kanak-kanak seperti peningkatan dalam pendidikan, pembangunan infrastruktur asas, dan peningkatan dalam sistem kesihatan mampu membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dalam jangka panjang.
[INFOGRAFIK] Dapatan Utama | Ranjau Sepanjang Jalan
Berikut adalah info berkenaan dengan Dapatan Utama: Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF.
AWANI Ringkas: Kadar kemiskinan masih di tahap tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tawarkan gaji pemain bola yang realistik, elak pembaziran - Pakar
Secara umumnya, industri sukan perlu dikawal selia terutama dari segi sistem pengurusan kewangan kerana pada ketika ini, Malaysia jauh ketinggalan.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas
Ia ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.
Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo
Rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.
PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.
PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.
PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.
PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Gelanggang buat Tan Sri Abang Johari tunjukkan bahawa beliau mampu mentadbir dan perolehi mandat Negeri Sarawak.
Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah
Seiring itu pembangunan sektor-sektor lain yang menjadi nadi ekonomi Sarawak akan turut diteruskan.