awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem 'Train to KL' lebih seram, usik netizen gara-gara servis LRT tergendala

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/09/2016
11:50 MYT
Filem 'Train to KL' lebih seram, usik netizen gara-gara servis LRT tergendala
Foto yang disunting dan disebarkan pengguna di media sosial.Foto/Facebook Dominic Preston
APABILA perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sekali lagi tergendala pagi tadi, bukan sahaja keluhan yang kedengaran, tetapi juga menjadi inspirasi untuk pengguna media sosial.
Mengambil idea daripada filem Korea, Train to Busan, yang kini sedang laris di pawagam, ramai yang menjadikan insiden terbabit sebagai 'filem' sendiri pula.
Beberapa keping gambar yang dikongsi di laman sosial, diambil dan disunting untuk dijadikan poster 'filem' itu.
Menariknya, keadaan cuaca yang hujan dan mendung mewujudkan 'ambience' yang dilihat sesuai dengan konsep asal filem lakonan bintang terkenal Korea Selatan, Gong Yoo itu.
Untuk makluman, filem tersebut mengisahkan seorang bapa yang terperangkap dalam sebuah tren bersama anak perempuannya, ketika kumpulan zombie menyerang.
Ada juga sebahagian pengguna yang menyifatkan pengalaman berada dalam koc yang tidak bergerak selama hampir 20 minit, dan kemudian berjalan pula di atas platform landasan, sebagai lebih menakutkan daripada filem asal.
Coming soon to theatre near you. #traintobusan#traintokl pic.twitter.com/svOcTlm7Bz
— ale (@Buzzroof) September 9, 2016
jum jum. saitedd wehh saitedd ! HAHAHA. #mudahterhibur #TrainToBusan #traintoKL #korea #Malaysia pic.twitter.com/VVRVrKfDPy
— C I Q A (@ekinamoy_) September 9, 2016
Sambungan train to busan. Hahaha#TrainToBusan #TrainToKL pic.twitter.com/2vQqGxHgYb
— MuhammadShamilAzhar (@amharieysa) September 9, 2016
Tidak tahu siapa yang memulakannya, namun ia kemudiannya rancak dikongsi netizen yang menganggap poster yang dihasilkan sebagai 'sangat kreatif'.
Perkhidmatan LRT tergendala buat kali kedua dalam tempoh tiga hari, pagi tadi.
Topic Berkaitan
#filem
#Korea
#LRT
#Train To Busan
#Train to KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan