awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas ahli NGO didakwa terima rasuah lebih RM36,000 janji gelaran Datuk Seri
BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan
WEF2026: Ekonomi global kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat, kata ahli ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imej pertama Apple Card bocor?

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
12/05/2019
23:53 MYT
Imej pertama Apple Card bocor?
Salah seorang pengguna Twitter, Ben Geskin telah berkongsi beberapa gambar dan sampul pembelian yang didakwa merupakan Apple Card di laman Twitter beliau. - Foto Twitter @bengeskin
BEBERAPA pekerja Apple Inc. dilaporkan telah mendapat produk terbaharu keluaran syarikat gergasi itu, Apple Card sejak minggu lepas.
Salah seorang pengguna Twitter, Ben Geskin telah berkongsi beberapa gambar dan sampul pembelian yang didakwa merupakan Apple Card di laman Twitter beliau.
Geskin adalah antara pembocor maklumat produk Apple sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Geskin menyatakan bahawa dia telah menukar nama di atas kad berkenaan kerana ingin melindungi identiti pekerja-pekerja Apple yang berkongsi imej kad berkenaan dengan beliau.
BACA: Apple lancar kad kredit sendiri
#AppleCard pic.twitter.com/eRt9aUAyRp
— Ben Geskin (@BenGeskin) May 11, 2019
Sampul 'pembelian' yang didatangkan dengan kad berkenaan juga mempunyai proses 'berpasangan' yang sama dengan AirPods, dengan arahan untuk menyatakan 'hidupkan iPhone dan pegang di sini'.
Apple Card adalah kad kredit yang dikeluarkan secara bersama oleh Apple dan Goldman Sachs bersama mod pembayaran dengan MasterCard.
Kad kredit ini datang dalam dua bentuk secara bersama, iaitu secara digital (yang diselaraskan dengan Apple Pay) dan secara fizikal (dalam bentuk kad titanium).
Kad ini tidak mempunyai 16 nombor pengecam kad kredit selain tidak mempunyai tiga nombor sekuriti CVV, kerana identiti kad kredit milik Apple ditentukan secara digital melalui ciri keselamatan Apple Pay.
Antara ciri-ciri keselamatan yang ada adalah cip buatan khas yang mendiami kad kredit itu sendiri, dan juga ciri keselamatan yang ada di dalam iPhone milik pengguna.
Apple kad diumumkan akan dilancar pada musim panas ini, iaitu sekitar bulan Julai dan Ogos.
Topic Berkaitan
#Apple
#Apple Card
#Apple Pay
#iPhone
#keselamatan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan