Trending

Kini Trending menyoroti perkara-perkara menarik di laman sosial hari ini, antaranya:-

123

Putera Arab Saudi saman majalah Forbes

Putera Arab Saudi menyaman majalah antarabangsa Forbes kerana melakukan pengiraan tidak tepat sekaligus memaparkan sifat berat sebelah.

Beliau mendakwa kekayaan sebenarnya sebanyak 30 billion Dolar berbanding 20 billion Dolar yang di laporkan majalah berkenaan.

Putera Alwaleed Talal yang juga salah seorang ahli perniagaan terkaya dunia mendakwa majalah berkenaan memandang rendah kekayaannya dengan meletakkannya di tangga ke-26 dalam senarai Forbes tahun ini.

321

Justin Bieber ke angkasa lepas


Justin Bieber bakal menjadi angkasawan terbaru ke angkasa lepas menggunakan pesawat Virgin Galactic milik usahawan Richard Branson.

Bieber turut menulis hasratnya di laman twitternya untuk merakamkan video muzik di angkasa lepas.

Pesawat ‘SpaceShipTwo’ Virgin Galactic itu mempunyai enam kerusi penumpang yang dipandu dua juruterbang dan akan memulakan penerbangan pada tahun depan.

123

Amerika Syarikat intip menggunakan internet

Agensi Perisikan Amerika Syarikat didakwa melakukan intipan ke atas sembilan pelayan gergasi internet termasuk Apple, Facebook, Microsoft dan Google.

Seorang pegawai risikan berkata, Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mempunyai akses secara terus ke atas firma pelayan internet untuk menjejaki kehadiran individu melalui audio, video, gambar dan e-mel.

Kesemua gergasi internet berkenaan bagaimanapun menafikan mereka sengaja membuka pintu kepada agensi risikan Amerika Syarikat.

123

Bantahan Blogger di Singapura


Dianggarkan lebih 1,500 peserta yang hadir pada perhimpunan bantahan peraturan internet baru yang dianggap menyekat hak kebebasan bersuara.

Gabungan 34 blogger terkenal itu digelar ‘Free My Internet’ melenting ekoran mereka dikehendaki untuk memohon lesen portal berita untuk beroperasi.

Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) minggu lalu berusaha meredakan kebimbangan peraturan baru dengan menyasarkan komuniti blogger, menyatakan blog tidak dianggap sebagai portal berita.

123

Tayangan filem hujung minggu

Kata kunci After Earth yang mengisahkan pasangan anak beranak terkandas du bumi selepas 1000 tahun meninggalkan planet terus mendapat sambutan

Filem ini dilakonkan oleh gandingan anak beranak Will dan Jaden Smith yang melibatkan kos produksi bernilai 130 juta Dolar.

Walaupun menerima rebiu kurang memberansangkan, After Earth telah mengutip hampir 40 juta Dolar sejak ia mula ditayangkan.

Sementara itu, filem ‘Now You See Me’ yang mengisahkan sekumpulan ahli silap mata melakukan persembahan luar biasa turut hangat diperkatakan.

Isu korupsi diketengahkan menerusi karakter pakar ilusi dan peneraju perniagaan seolah-olah seperti kisah Robin Hood versi moden.

Filem turut dibintangi Jesse Eisenberg, Morgan Freeman dan Mark Ruffalo ini baru sahaja membuka tayangan di pawagan tempatan bermula minggu lepas.

123

Dalam pada itu, filem tempatan ‘Lari’ yang baru sahaja memasuki panggung minggu ini,
menampilkan lakonan Aaron Aziz dan Dira Abu Zahar.

Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif yang bercinta dengan Maya tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga.
Filem yang menelan belanja lebih 2 juta Ringgit ini diarahkan oleh Ahmad Idham.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.