KUALA LUMPUR:Perlaksanaan PKPB bukan sahaja menyebabkan majlis sosial harus dihentikan malah sekolah juga ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Dengan itu, Astro Tutor TV mengambil inisiatif untuk memperkenalkan slot baharu iaitu Kelas #DudukRumah yang mula bersiaran pada 21 Oktober pada jam 3 petang.
Pelbagai program menarik akan disajikan kepada penonton antaranya Sains D.I.Y, Belajar Bersama Cikgu Eve dan Projek Lepas Sekolah yang menampilkan El Farabi selaku teraju utama.
Selain El, Projek Lepas Sekolah turut dibintangi oleh , Phua Chandler, Alyssa Dezek, Ara Mysara dan Shaheed Rashid.
Bukan itu sahaja, Projek Lepas Sekolah juga menampilkan Nabil Mahir dan Amelia Henderson sebagai pelakon jemputan.
Lebih menarik lagi anda juga boleh memenangi hadiah sambil menonton Slot Kelas #DudukRumah.
Nak tahu bagaimana? Ikuti langkah dibawah :
Tengok Projek Lepas Sekolah dan Sains D.I.Y.
‘Scan’ QR code di kaca TV anda, sign-up (daftar) untuk kuiz, dan tunggu Wafiy muncul di kaca TV
Jawab kuiz bila tiba masanya di telefon atau tablet anda
Hantar jawapan-jawapan anda sebelum program tamat
Nama-nama pemenang akan diumumkan selepas program Sains D.I.Y.!
Senang kan? Jom saksikan slot terbaharu Kelas #DudukRumah di saluran Astro Tutor TV (601).
Astro Awani
Thu Oct 22 2020
Anda boleh memenangi hadiah sambil menonton Slot Kelas #DudukRumah.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ini 5 perkara penting dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan
Saluran TV Pendidikan di TV Okey RTM akan ditayangkan selama 2 jam, Astro Tutor TV (4 jam) sementara DidikTV KPM (15 jam) setiap hari.
Menjelang SPM, Astro Tutor TV saji pelbagai program bantu calon peperiksaan
Ia inisiatif bagi memastikan kelangsungan prestasi dan momentum akademik calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari.
Berdebar menanti SPM? Jangan risau Astro sediakan Pelan A SPM khas untuk anda
Ramai pelajar risau bagaimana mereka mahu mempersiapkan diri untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jangan risau dengan Pelan A SPM kami akan bantu anda.
Menang hadiah sambil menonton dalam slot Kelas #DudukRumah di Astro Tutor TV
Seronoknya, bukan sahaja dapat ilmu baharu tapi boleh menang hadiah juga.
PKP: Astro tawarkan pelbagai program pendidikan menarik
Susulan pendekatan KPM untuk mengadakan sesi pembelajaran melalui saluran pendidikan di televisyen, Astro turut mengambil langkah proaktif memperkenalkan slot istimewa, Kuiz Pantas TTV.