awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risau 'camping' kawasan air terjun? Ini panduan kenal pasti 3 jenis kepala air

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
02/10/2021
02:42 MYT
Risau 'camping' kawasan air terjun? Ini panduan kenal pasti 3 jenis kepala air
Baca perkongsian bagi mengenal pasti Kepala Air daripada Iqbal Halim ini sebagai panduan. -Mingguan Wanita
SEMENJAK kerajaan membenarkan aktiviti riadah dan rekreasi, ramai yang bertumpu di kawasan pantai, sungai, taman mahupun air terjun untuk berkelah bersama keluarga tersayang.
Namun memang risau bila pergi berkhemah atau ‘camping’ di kawasan air terjun mahupun anak sungai.
Bukan apa memandangkan sekarang musim hujan kejadian ‘kepala air’ mungkin boleh berlaku.
Sebenarnya kita perlu ambil tahu dan kenal pasti ada 3 jenis ‘kepala air’ bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi.
Sekali gus lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan memilih lokasi perkelahan.
Baca perkongsian bagi mengenal pasti ‘Kepala Air’ daripada Iqbal Halim ini sebagai panduan.
Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.
Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di Batu Hampar, Yan.
Kepala air terbahagi kepada 3 jenis:
1. Kepala Air Yang Boleh Dijangka
Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat. Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.
Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai, mandi air hujan jek sudah le.
2. Kepala Air Yang Ada Tanda
Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun, cerah saja tapi sebenarnya di kawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat. Antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni:
  • Akan datang buih putih.
  • Selepas buih datang daun-daun pokok.
  • Kemudian datang ranting kayu
  • Lepas tu air jadi amat keruh
  • Akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah.
Pengalaman ini saya rasai di Batu Hampar Yan. Kami baru saja turun untuk mandi, kemudian datang tanda-tanda kat atas.
Ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun. Tak puas mandi la katakan. Lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh-hegeh nak naik.
Sekali datang kepala air baru dia pucat lesi. Kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun.
3.Kepala Air Yang Tidak Dijangka
Benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara.
Air mula bertakung dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba.
Tapi benda ni jarang sangat nak jadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
*Begini rupanya cara untuk kenal pasti ‘kepala air’. Jadi jika ada perancangan untuk pergi berkelah atau berkhemah di air terjun mahupun anak sungai, lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dengan perhatikan tanda-tanda ini iya. Semoga dapat mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.
Sumber: Iqbal Halim
BACA: Awasi fenomena kepala air ketika riadah di sungai, air terjun

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#kepala air
#aktiviti riadah
#air terjun
#anak sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan