SHAH ALAM: Pempengaruh media sosial, Syamimia mengakui lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan selepas 'diboikot' warga maya dan kehilangan hampir setengah juta pengikut di laman TikTok miliknya.
Menurut Syamimia, selain merancang kandungan terlebih dahulu, dia juga menitikberatkan penggunaan ayat dan konteks yang sesuai agar boleh difahami dan diterima orang ramai.
"Perkara yang lepas sudah berlaku dan saya banyak belajar daripada permasalahan sebelum ini. Saya lebih berhati-hati berkata-kata, membuat perancangan dan selidik sebelum hendak menghasilkan kandungan.
"Kita buat begitu untuk orang terima, kadang-kadang orang tak terima kadang-kadang orang terima juga, walaupun kita bagi input positif masih lagi orang tak suka," katanya.
Dia berkata demikian dalam program Interviu siri 06 sempena Hari Wanita yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Program yang membincangkan tajuk 'Influencer’ bentuk jati diri wanita dihoskan Haizir Othman turut menampilkan seorang lagi pempengaruh media sosial, Tun Laila Tun Laila Tun Rafaee.
Oktober lalu, Syamimia antara pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang, namun selepas isu berkait dirinya tular, dia kehilangan hampir setengah juta pengikut.
Meskipun dia telah tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran langsung di TikTok pada bulan yang sama, namun rata-rata pengikutnya tetap bertindak untuk ‘unfollow’ kerana berasakan Syamimia tidak prihatin dengan nasib rakyat di Palestin.
Setakat hari ini, jumlah pengikut di TikTok Syamimia berbaki 847,300 orang, manakala di Instagram 315,000 sahaja.
Jelas Syamimia, dia kini hanya mengikut kepada peredaran masa seperti biasa.
"Jadi sekarang saya banyak mengikut keadaan semasa sahaja, gunakan kata-kata yang elok dan cuba kurangkan pertanyaan yang menyentuh sensitiviti. Kini saya buat video macam biasa sahaja," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 15 2024
SYAMIMIA: Saya banyak belajar daripada permasalahan sebelum ini; saya lebih berhati-hati dalam berkata-kata, membuat perancangan dan selidik sebelum hendak menghasilkan kandungan. - Foto Sinar Harian
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertandingan Ratu Cantik AI pula dianjurkan
Tujuan pertandingan ini dianjurkan ialah mencari bakat penghasil kandungan AI generatif dari seluruh dunia.
Syamimia lebih berhati-hati selepas insiden diboikot
Selain merancang kandungan terlebih dahulu, Syamimia juga menitikberatkan penggunaan ayat dan konteks yang sesuai agar lebih difahami.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Pempengaruh Boss Mario hilang, kereta ditemukan di Pantai Klebang
Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi semalam.
KKM, ANMS, pempengaruh media sosial jalin kerjasama tingkat budaya hidup sihat
Peringkat pusingan pertama ANMS Immunity Challenges telah bermula dari 31 Disember 2023 sehingga 2 Mac 2024.
JPNJ diarah pantau aktiviti ceramah di sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) diarahkan supaya memantau aktiviti ceramah di sekolah-sekolah di negeri ini.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Hasilkan video VFX isu Palestin, Sofyank ajak warganet sebar kebenaran
Ramai pempengaruh media sosial yang mempunyai pengikut ramai menggunakan platform masing-masing bagi menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.
'Jadi askar sebarkan kebenaran' - Zulin Aziz gesa influencer bersuara isu Palestin
Menurut Zulin, para pempengaruh seharusnya memanfaatkan pengaruh mereka demi menyebarkan kebaikan.
Body shaming: Pempengaruh media sosial kekal bayar ganti rugi RM100,000
Panel hakim sebulat suara menolak rayuan Eira Aziera atau nama sebenarnya Noorazira Pissal selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.