BERCAKAP sahaja tentang COVID-19, kita semua seolah-olah tidak dapat membayangi apakah kesudahan krisis yang memberi risiko besar kepada kesihatan nyawa manusia dan ekonomi ini.

Apakah ia tiada kesudahan? Atau mungkin satu hari nanti, dunia digemparkan dengan satu berita baik yang mana para saintis mengesahkan penemuan vaksin bagi wabak tersebut?

Perbualan orang ramai di seluruh dunia mengenai vaksin ini pastinya diselitkan dengan harapan. Ini kerana, ramai yang berharap agar dunia kembali seperti sediakala dengan adanya vaksin tersebut.

Apa perkembangan vaksin COVID-19 ketika ini?

Kini, terdapat lebih daripada 100 kerja penghasilan vaksin COVID-19 yang berada pada tahap atau fasa berbeza melalui pelbagai cara.

Kini, terdapat lebih daripada 100 kerja penghasilan vaksin COVID-19 yang berada pada tahap atau fasa berbeza melalui pelbagai cara.

Misalnya, pasukan perubatan di China kini dilaporkan sedang membangunkan vaksin berdasarkan pertumbuhan dan nyahaktif virus COVID-19 yang sebenar.

Manakala firma bioteknologi di Amerika Syarikat (AS), Moderna, bersama dengan saintis di Imperial College London mengambil pendekatan yang lebih baru menggunakan 'vaksin genetik' berdasarkan penghantaran gen untuk memperdaya badan manusia supaya menghasilkan komponen virus dan meningkatkan imuniti.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)

Menurut pensyarah di Jabatan Perubatan dan Institut Cambridge Imunologi Terapi dan Penyakit Berjangkit di Universiti Cambridge, Profesor Gordon Dougan, pihaknya kini tidak terlepas dalam menyertai perlumbaan menghasilkan vaksin.

“Cambridge juga kini memasuki 'perlumbaan' untuk mengembangkan vaksin dengan menggunakan pendekatan yang berbeza

“Iaitu dengan menggunakan DNA sintetik untuk menyampaikan antigen vaksin khas dan sistem imun.

“Sekiranya berjaya, ia boleh memulakan ujian klinikal di UK awal tahun depan. Jenis vaksin yang berlainan ini memberi peluang, risiko dan cabaran yang berbeza,” jelasnya.

Perlu kita fahami, vaksin hanya boleh melindungi sebilangan orang, bukan kesemuanya!

Secara saintifiknya, vaksin yang ideal memberikan perlindungan hampir 100 peratus, tetapi selalunya ia lebih rendah.


Kebiasaannya, vaksin hanya memberikan perlindungan kepada sesetengah pihak sahaja, ia mungkin melindungi beberapa pihak tetapi tidak yang lain. Ini bagi menyebut tentang keberkesanan vaksin.

Secara saintifiknya, vaksin yang ideal memberikan perlindungan hampir 100 peratus, tetapi selalunya ia lebih rendah.

Malah perlindungan sehingga kadar 50 peratus juga cukup seadanya. Ini kerana walaupun vaksin yang mempunyai keberkesanan yang rendah, kadang-kadang ia juga boleh menyebabkan 'kekebalan sistem imuniti’ dengan membatasi penularan virus di masyarakat.

Jelas Gordon, semua pihak perlu mengambil risiko untuk menilai setiap vaksin semasa dibangunkan.

“Biasanya, pihak berkuasa yang bertugas dalam mengawal selia penghasilan vaksin adalah organisasi utama yang memutuskan apakah vaksin boleh dilesenkan untuk digunakan di sebuah negara.

“Di United Kingdom, Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) adalah pihak yang berperanan menentu keselamatan penggunaan peralatan bidang perubatan di United Kingdom,” jelas Gordon lagi.

Pihak terlibat kebiasaannya akan menekankan bahawa semua aspek keselamatan dan kemungkinan yang berlaku daripada vaksin itu samada ia berkesan atau sebaliknya.

"Namun, ada kalanya pihak berkenaan yang bekerja dengan pemerintah dapat mengetepikan syarat ini dengan terus mengeluarkan lesen vaksin semata-mata ingin mengaut keuntungan atau demi kepentingan sendiri.

"Ini seperti yang berlaku di Rusia iaitu vaksin Sputnik V, yang menimbulkan kekhuatiran orang ramai bahawa vaksin yang kebanyakannya belum terbukti telah dilancarkan kepada sebilangan pihak," tambah Profesor Gordon.

Golongan mana yang perlu diutamakan sebaik vaksin sudah dihasilkan?

Sebaik-baiknya adalah untuk memulakan kempen vaksin dengan orang dewasa yang sihat. Ini kerana, mereka mempunyai tindak balas yang tinggi dan berpotensi untuk bertindak balas lebih baik daripada golongan lain.

Namun, adalah lebih baik jika ujian vaksin itu diberikan terlebih dahulu kepada petugas barisan hadapan kerana mereka ini lebih berisiko untuk terkena jangkitan virus itu.

Sistem imunisasi kanak-kanak masih lemah dan mereka mungkin hanya menerima perlindungan antibodi dari ibu mereka.


Bayi dan kanak-kanak kecil - walaupun anak-anak yang masih kecil atau yang baru dilahirkan sering menjadi sasaran mendapat suntikan vaksin atau imuniasi, namun mereka ini juga selalu menjadi kumpulan terakhir yang diberi vaksin ketika sesuatu vaksin dibangunkan. Sistem imunisasi mereka masih lemah dan mereka mungkin hanya menerima perlindungan antibodi dari ibu mereka.

Warga emas atau golongan berusia - Semakin meningkat usia anda, semakin berisiko anda menghadapi COVID-19.

Walau bagaimanapun, orang tua sering bertindak kurang baik terhadap vaksin dan formula khas untuk vaksin itu sendiri mungkin diperlukan. Untuk itu, jika dalam fasa pembangunan vaksin, kajian khusus terhadap golongan ini perlu dilakukan.

Golongan yang terdedah dengan penyakit - Kumpulan tertentu seperti pesakit kencing manis atau individu mempunyai penyakit obesiti kelihatan lebih terdedah kepada COVID-19.

Individu ini mungkin disasarkan lebih awal untuk diberikan vaksin tetapi mereka memerlukan pertimbangan klinikal khusus dan mungkin formula vaksin yang khas untuk mereka.

Etnik minoriti - Bukti mendedahkan bahawa beberapa kumpulan etnik minoriti mungkin lebih rentan terhadap COVID-19 walaupun faktor yang mendorongnya masih belum ditentukan. Kumpulan-kumpulan ini juga mungkin disasarkan sebagai keutamaan.

Negara berpendapatan rendah - Beberapa negara maju pastinya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vaksin atau mampu menyediakan dana untuk membeli vaksin.

Oleh itu, kita perlu merancang vaksin yang berkesan, selamat tetapi juga dengan harga berpatutan. Ia bagi memastikan sesetengah negara yang kurang maju tidak ketinggalan untuk memanfaatkan vaksin yang dijamin berkesan satu hari nanti.

BACA: 'Vaksin harus tersedia untuk semua' - Desakan memuncak pada Perhimpunan Agung PBB

BACA: Vaksin COVID-19: WHO usaha pastikan akses adil ke seluruh dunia