Sudut Pandang pada 13 September 2013 membincangkan tentang "Daya saing bumiputera di alaf ke-21", bersama Datuk Shohaimi Shahadan, Exco Biro ekonomi Pemuda UMNO Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS. Berikut adalah antara intipati menarik yang diperbincangkan.



Tunku Munawirah Putra berkongsi pesanan nendanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, mengenai pendidikan dan keperluan membantu Melayu.

Datuk Saifuddin Abdullah pula menyebut isu kualiti graduan yang telah dilahirkan.



Isu graduan ini turut disebut oleh Shamsudin Bardan, Pengarah Eksekutif MEF, yang mengutarakan kekurangan kualiti atau kesesuaian graduan bumiputera di dalam sektor swasta.



Wan Saiful menyebut isu ketirisan dan ketidaksamaan dalam pelaksanaan dasar.



Datuk Shohaimi Shahadan pula berharap agar dasar ekonomi baru tidak mengulangi kesilapan dasar lama.



Turut disebut adalah kesilapan yang tidak harus diulangi.



Sementara itu, Wan Saiful ingin jangkamasa sasaran yang lebih jelas agar tidak berlaku ketirisan atau mengulangi kesilapan yang lalu.



Di samping itu, Datuk Shohaimi Shahadan menekankan bahawa dasar baru haruslah relevan dengan peredaran zaman.



Datuk Shohaimi Shahadan turut menekankan bahawa pelaksa dasar perlu memahami dengan menyeluruh agar penyampaian tidak terjejas.



Wan Saiful akhir sekali menjelaskan bahawa IDEAS bertindak sebagai pemberi pendapat atau input kepada kerajaan berdasarkan kajian yang telah dilakukan.